14.8.15

Fahami 7 Hikmah Perkahwinan Yang Bukan Hanya Untuk Memenuhi Kehendak SEKS Semata


Nikmat-nikmat perkahwinan yang Allah janjikan 


Assalamualaikum

Setiap hembus nafas yang kita hela. Setiap hari kita dapat melihat. Pernah tak sekali kita terfikir jika bagaimana sekiranya semua nikmat yang Allah kurnia ni di tarik semula? Nauzubillah kan? Itu perlunya kita sentiasa bersyukur. Banyak sangat nikmat yang Allah kurnia pada kita sebagai hambanya. Betapa cintanya Allah pada hambanya telah diciptakan Hawa sebagai peneman Adam yang kesepian di syurga.
Nikmat-nikmat perkahwinan yang Allah janjikan

Ya..!!! Wanita tercipta untuk lelaki. Saling melengkapi dan saling memerlukan. Tapi dalam islam sendiri Allah melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Namun, betapa kasihnya allah pada kita, Dia mengharuskan perkahwinan bagi memenuhi kehendak hambanya. Alangkah indahnya nikmat dan Sunnah yang di beri. Bersyukurlah.

Perkahwinan itu indah. Berbagai nikmat dan hikmah yang kita perolehi dari perkahwinan. Siapa yang tak nak kawen kan? Jodoh tu Allah dah tentukan. Kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha dan berdoa dan terus berdoa. Berikut antara nikmat-nikmat dan hikmah-hikmah perkahwinan yang PapaG dapat kongsikan dari pandangan  Dato’ Ismail Kamus.

1. Sunah para nabi dan rasul 

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38) 

2. Zuriat keturunan 

Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah 

Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.” 

4. Bertanggungjawab 

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.” 

5. Memelihara maruah 

Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).” 

6. Menyuburkan perasaan keibubapaan

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga 

Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Hah..!! banyakkan himak perkahwinan ni? Bukan hanya memenuhi keperluan seks semata. Ya, PapaG akui seks perlu dalam rumah tangga. Tapi adakah cukup jika kita sandarkan perkahwinan itu dengan seks semata? Kita semakin tua, tenaga semakin menurun. Kalau hanya bersandarkan seks semata memang tak kemana perkhawinan itu. Ingat cintailah seseorang kerana Allah. Insyallah rumah tangga yan dibina kekal hingga ke syurga. Aamiin. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. betul tu papaG..banyak hikmah dalam perkahwinan.. semoga kita semua dapat jaga hbungan perkahwinan ini dan bahagia selalu sampai ke jannah

    BalasPadam
  2. PapaG terima kasih info..betul tu. dalam berumahtangga perlu tekankan perkahwinan berlandaskan Islam. Insya-Allah moga bkekalan hingga ke Jannah..amin..

    BalasPadam
  3. good entri...moga semua dptkn betulkn niat dlm perkahwinan..

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com