27.9.15

5 Tanda-tanda keguguran diawal usia kandungan

Tanda-tanda keguguran ketika hamil, Situasi orang yang gugur kandungannya


Assalamualaikum

Kembali semula bersama PapaG. Agak lama tak menulis entri. Yela kebelakangan ni PapaG agak sibuk menguruskan hal ehwal keluarga, isteri dan anak. Alhamdulillah urusan telah selesai. Bagi yang mengikuti PapaG di instaram dan facebook tentu tahu apa yang berlaku dengan Ibu Dhia. Bagi yang tidak tahu, sebenarnya Ibu Dhia baru sahaja keguguran kandungan 8 minggu. Bukan rezeki kami untuk melihat insan yang yang dikandungkan itu ke dunia. Tidak mengapalah kami redha. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku. 

Tanda-tanda keguguran diawal usia kandungan

Sebelum ni PapaG ada kongsikan satu entri yang bertajuk Keguguran.. Kematian.. Ia Hilang Tapi…… Entri ni tentang apakah hikmah yang tersembunyi jika sekiranya anda mengalami keguguran. Jangan lupa untuk klik dan baca entri tu tau. Kali ini PapaG nak kongsikan apakah tanda-tanda keguguran diawal usia kandungan. Tanda-tanda ini adalah yang dialami oleh wife PapaG sendiri. Mungkin tanda-tanda ini berbeza bagi setiap orang.

Tanda-tanda keguguran PERTAMA - Sakit pangkal rahim yang berpanjangan

Wife PapaG mengadu kesakitan yang amat pada pangkal rahim. Pada mulanya kami tidak rasa pun yang ini merupakan tanda-tanda awal keguguran. Sebab semasa mengandungkan anak pertama, sengal-sengal dan sakit di pangkal rahim adalah perkara yang biasa. Yang peliknya ialah ianya berpanjangan. Dalam sehari atau dua hari malah berterusan sampai seminggu.

Tanda-tanda keguguran KEDUA - Pedarahan yang sedikit tapi kerap

Selain sengal dan sakit pada pangkal rahim, wife PapaG mengalami sedikit pendarahan yang agak kerap. Kiranya setiap kali hendak menunaikan solat, mesti akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan berlaku. Pada waktu ini kami agak risau sebab kemungkinan ini tanda-tanda awal keguguran. Kiranya pendarahan ini berlanjutan dalam 3 atau 4 hari sebelum pendarahan yang kuat berlaku.

Tanda-tanda keguguran KETIGA - Tiada perubahan pada saiz kantung baby

Sebenarnya pada hari pertama pendarahan berlaku, PapaG dah menghantar wife pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Pada mulanya doktor tidak dapat membuat keputusan sebab saiz dan kantung baby sangat cantik menandakan janin masih ada. Oleh itu doktor mengambil keputusan untuk memberi tempoh dalam seminggu bagi melihat perkembangan janin. Selepas seminggu ternyata saiz kantung tak berubah. Doktor mengatakan ini merupakan tanda-tanda keguguran. Dalam seminggu ni memang wife mengalami pendarahan yang kerap di tambah sakit dan sengal pada rahim.

Tanda-tanda keguguran KEEMPAT - Kantung bayi dalam rahim pecah

Selepas scan yang kali ke-dua, wife PapaG mengalami pendarahan yang banyak. PapaG pergi la ke klinik semula. Doktor membuat imbasan dan ternyata kantung baby telah pecah. Ini menyatakan bahawa wife PapaG keguguran kandungan 8 minggu. Jadinya doktor membuat surat untuk di bawa ke hospital untuk cuci. Kiranya kes ini jadi kes hospital la. 

Tanda-tanda-keguguran-diawal-usia-kandungan
Gambar imbasan menunjukkan kantung bayi sudah pecah

Tanda-tanda keguguran KELIMA - Pendarahan yang sangat banyak dan keluar uri serta kantung bayi

OK ini amat mengerikan. Kejadian ini kat kampung. Pagi tu selepas subuh wife PapaG mengadu sakit perut yang amat sangat. Katanya sakit seperti nak bersalin. Ternyata pada pagi itu segala uri dan kantung bayi keluar dengan sendirinya. Kebetulan memang tengahari tu ada temujanji dengan doktor di hospital untuk cuci (DNC). Terkejut PapaG bila meliha dengan mata sendiri uri dan juga kantung bayi yang keluar. 

Maha suci Allah dia yang menjadikan dan dia yang menghilangkan. Itulah 5 tanda-tanda keguguran awal kandungan yang berlaku pada wife PapaG. Alhamdulillah selepas selesai cuci di hospital, wife kini kembali sihat. Doakan semoga beliau terus diberi kesihatan yang terbaik. Insyallah. 

Jadi, nasihat PapaG buat semua, jangan ambil mudah tau sekiranya anda mengalami sakit-sakit dan pendarahan rahim anda ketika hamil. Dapatkan khidmat nasihat doktor pakar jika ianya berlaku. Jaga diri dan kurangkan aktiviti yang lasak. Selamat menanti hari kehadiran insan comel dalam hidup anda. 

With Love
Papaglamz

-sekian- 

4 ulasan:

  1. Semoga wife ppg cepat sembuh ya

    BalasPadam
  2. Berguna info ni pada mereka yg xpernah mengalami keguguran.mcm kak ummul xpnh..mmg xtahu tanda keguguran.tq papag

    BalasPadam
  3. Info yg sgt berguna utk org yg pertama kali mengalami keguguran. Apa yg penting diri dgn perubahan diri sendiri...

    Btw, cupcake kat atas tu look yummy... Hehe

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com