19.11.15

Panduan Perjalanan Balik Kampung atau Bercuti Yang Selamat dan Menyeronokkan

Tips perjalanan balik kampung atau bercuti


Assalamualaikum

Panduan Perjalanan Balik Kampung atau Bercuti Yang Selamat dan Menyeronokkan | Pabila tibanya cuti sekolah pastinya ramai yang meracng untuk bercuti ataupun balik kampung. Mungkin perjalanan anda ketika bercuti ataupun balik kampung jauh dan meletihkan. Mari PapaG kongsikan pada anda beberapa panduan atau tips perjalanan yang mudah bagi memastikan perjalanan anda menuju destinasi percutian selamat dan menyeronokkan.

Shell-snack-panduan-perjalanan

Tips perjalanan yang mudah dan pasti menyeronokkan

1. Jika anda memulakan perjalanan di awal pagi, pastikan anda mulakan hari dengan makanan dan minuman yang mengenyangkan.

2. Sediakan tuala muka lembap dan simpankan ia di dalam kotak penyejuk ais. Segarkan diri dengan mengelap muka anda apabila rasa mengantuk pada waktu petang atau jika bayi dan adik berasa resah dalam cuaca panas ini.

3. Pastikan setiap orang memakai tali pinggang keledar mereka dan anak-anak kecil berada di dalam kerusi kereta kanak-kanak (car seat) Jika menunggang motosikal, pastikan topi keledar diikat dan dipasang dengan betul.

4. Jika anda tertanya-tanya mengenai trafik sepanjang perjalanan, gambar keadaan trafik semasa di lebuhraya dapat dilihat di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia, di laman web Lebuhraya PLUS.

5. Muat turunkan Waze atau aplikasi navigasi Google Map pada telefon pintar anda supaya apabila trafik perlahan, anda boleh mendapat maklumat daripada pengguna lain mengenai apa yang menyebabkan kesesakan dan sama ada anda boleh keluar mengikuti laluan alternatif.

6. Periksa tekanan tayar dan minyak enjin hari sebelumnya. Jangan lupa untuk menambah air pada radiator kereta dan untuk pengelap cermin depan anda.

7. Pastikan lampu belakang, lampu brek dan lampu petunjuk semuanya dalam keadaan baik. Ini adalah penting terutamanya bagi penunggang motosikal!

8. Jika anda letih atau mengantuk, jangan teragak-agak untuk berhenti di R&R terdekat untuk berehat seketika atau untuk menukar pemandu. Jangan lupa singgah di mana-mana Shell Select market kerana kami menyediakan berbagai jenis makanan untuk anda mengembalikan kecergasan anda.

9. Jangan lupa sediakan makanan kesukaan si manja untuk mengelak dari perlu berhenti kereta jika dia lapar.

Rest and Refresh di stesen Shell RA Talang Enterprise, Ayer Keroh, Melaka

Jika anda lalu melaka, singgahlah sekejap di Shell RA Talang, Ayer Keroh Melaka untuk berehat sebentar dan mengembalikan kecergasan anda. Sudah pasti pemanduan anda akan lebih sihat dan menyelamatkan.

Bukan itu sahaja. Anda berpeluang untuk mencuba Shell V-Power Racing di stsen minyak Shell RA Talang, Ayer Keroh. Satu-satunya pam minyak Shell yang menyediakan petrol jenis ini di Melaka. Jangan lupa juga layari Facebook Page Shell RA Talang Enterprise >>>Klik Disini<<< dan like sebagai tanda sokongan anda pada stesen kami. Semoga dengan adanya saluran maya ini staff-staff Shell RA Talang Enterprise akan lebih dekat dengan anda. Segala update terkini tentang promosi dan juga pertandingan-pertandingan akan di kemaskini di page ini. Jumpa di sana.

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. terima kasih share entri panduan perjalanan ni. Tapi tak berpanau ke tengah-tengah panas lap muka?. Walaupun duk dalam ekon?. Saya memang sediakan pelbagai jenis makanan dan juga permainan untuk anak yang boleh diorang main dalam kereta. Bagi diorang tak boring sangat.hehe

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com