18.11.15

Lelaki Boroi Itu Seksi Ke?

Assalamualaikum

Lelaki boroi tu seksi ke? Mungkin sesetengah berpendapat lelaki boroi itu seksi dan sesetengah juga tidak. Apakah itu satu fakta atau auta mungkin terjawab bila kita sama-sama fikirkan sebab nak kata auta sepenuhnya juga tidak munasabah, jadi ada betul dan ada salahnya. Kalau sebut buncit nampak kasar pula jadi kita tukar sedikit kepada boroi sebab gambar pun tunjuk macam boroi, tak gitu?


92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan keatas tempoh perkahwinan

Boleh dikira betul jugalah sebab kebanyakannya depa ni kalau dah kawin mana tak suka masakan isterikan? Boleh kira juga kalau dah kawin mestilah nak keluar makan-makan dengan isterikan tiap-tiap hari atau hujung minggu. Jadi layankan saja masa-masa perdana macam ini haha.

89% kes penceraian berlaku kepada suami yang masih six pax dan masih tampan

Apakah tampan itu sama dengan kacak atau macho? Lelaki six pax dan masih tampan? Macam tak puas hati sajakan dengan lelaki six pax, kenapa mesti six pax? Kalau tampan atau kacak itu boleh dikira lagi. Ini bermakna seolah-olah perempuan suka akan lelaki badan berketul-ketul nampak macho tak begitu?

19% sahaja melibatkan penceraian dikalangan lelaki boroi

Tengok tak besar sangatkan peratusannya melibatkan lelaki boroi, lepas ini mesti ramai isteri-isteri akan berusaha boroikan suaminya. Haha hati-hati semua para lelaki, tapi isteri-isteri juga suka kalau suami dia berbadan tegap.? Berketul-ketul malah kacak tambah tampan lagi tapi setia hingga hujung nyawa.

Lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh, ada betul?

Kuncinya senang, sebelum berkahwin perempuan lebih cenderung kepada lelaki six pax atau kacak atau tampan tapi setelah kahwin perempuan lebih suka suaminya buncit atau boroi supaya tak ada perempuan lain yang berkenan. Haha setuju?

Untuk aweks2 kat luar sana kalo nak cari calon suami cari yg boroi tapi jgn sesekali suami org.  Lelaki boroi saham tinggi ooo skang ni. Tapi kebanyakan yang boroi tu suami orang. Pandai-pandai na..Hahaha

P/s: Sekadar coretan. Papepon boroi-boroi jugak jangan sampai menjejaskan kesihatan sudah lah. Boroi ke... Tegap ke... Sado ke... Yang penting kalau hati dah sayang semuanya ok sahaja. Demi kasih sayang dan cinta muka tak kacak pun tak ape. Ala tak kacak pun malam-malam tidur tutup lampu jugak. Tak nampak la. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sumber: CariGold.com

3 ulasan:

  1. hahaha. kajian tuuu. tapi betulnya. lelaki tampan susah nak percaya

    BalasPadam
  2. yer ker? kalau perempuan buncit pulak camner, seksi jugak ker? haha..just joking!

    BalasPadam
  3. kalau dah sayang..xkisah boroi ke tak boroi hehehe


    www.azlindaalin.com

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com