25.2.16

Menarik di Istana Lama Heidelberg, Germany

Pengalaman di Heidelberg, Germany


Assalamualaikum

Menarik di Istana Lama Heidelberg, Germany | Melihat gambarnya di dalam internet sahaja dah membuatkan PapaG terpukau. Inikan pula bila menjejakkan kaki di istana lama Heidelberg ni. Istana yang menjadi sebut-sebutan ramai di Eropah adalah diantara 9 istana tercantik di German. Sudah pasti ia menjadi tarikan pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Ternyata kerajaan di sini amat menjaga dan memelihara istana-istana lama sehinggakan ia masih tersergam indah hingga ke hari ini.

heidelberg-castle-palace
Sumber google

Alhamdulillah Papag berpeluang untuk melihat dengan mata sendiri serta merasai suasana persekitaran istana Heidelberg. Secara ringkasnya, istana ini telah di bina sejak awal abad ke-13 lagi. Sehingga tahun 1764, istana ini telah mengalami beberapa kerosakan dan kemusnahan samaada berpunca daripada peperangan ataupun bencana alam. Pembinaan semula istana ini dari satu zaman ke satu zaman pemerintahan yang lain membawa kepada kepelbagaian gaya seni bina yang menambahkan lagi keindahan istana.

heidelberg-castle-palace

Untuk memasuki kawasan istana ini, anda perlu membeli tiket yang berharga 7 euro. Oleh kerana istana ini terleatak di atas bukit dan agak tinggi, anda perlu menaiki kereta api khas yang akan membawa kita ke istana. Sekiranya anda memerlukan pemandu pelancongan yang akan membawa anda pusing-pusing sekitar kawasan dan ruangan istana, anda perlu membayar lagi 5 euro. Ok la sambil jalan-jalan boleh dengar cerita dari pemandu pelancongan. Bahasa inggeris tau. Jadi boleh la faham sikit.

heidelberg-castle-palace

heidelberg-castle-palace

heidelberg-castle-palace

Masa PapaG melawat istana lama Heidelberg ni, hujan renyai-renyai. Start dari kami sampai dalam pukul 11 sampai la kami nak balik dalam pukul 2.30 petang masih hujan lagi. Bila hujan, keadaan sekitar di sekitar bandar Heidelberg agak sunyi. Jika tidak banyak la kedai-kedai tepi jalan yang akan jual cendramata. Key cahin ke, magnet fridge ke dan macam-macam lagi. Dan bila hujan, lanskap nak ambil gambar di istana lama ni pun agak tidak menarik. Rasa nak repeat la datang sini kalau ad masa nanti. Insyallah. Hehehe.

Ok la sampai di sini sahaja. Jumpa next entri dalam siri pengalaman PapaG di bumi German ni yer. Babai.

With Love
Papaglamz

-sekian-


10 ulasan:

  1. Bestnya...papa. byk tempat menarik

    BalasPadam
  2. jelesnyaaaaaaaaa.. teringin juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajak la abam black tall handsome pergi.. hahaah

      Padam
  3. Suka sangat kalau dapat masuk istana lama-lama ni.. mula la imagine macam2.. hehehehee.. yang mampu masuk Kelly Castle je.. hahahahaa..! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehh..! salah eja.. Kellie Castle.. kat Perak nun.. :)

      Padam
  4. jelesnya.. teringin jugak nak pi german huhuh.. sedapp coklat Magnum nya.. tq papa

    BalasPadam
  5. kwn sy dr finland, keje kt germany...ms kami br kenal dulu dia ada hntr poskad bergambarkan istana ni....smpi skrg sy masih smpn lg poskad tu... ;-)

    BalasPadam
  6. bestnya dapat pergi Istana Hiedelberg. Tapi saya suka negara German. negara mereka memang cantik.

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com