16.5.16

Panduan Memilih Warna Shawl Sesuai Dengan Anda

Assalamualaikum semua. Dalam entri kali ini, PapaG ingin kongsikan pada semua panduan memilih warna shawl yang sesuai dengan anda. PapaG percaya bukan senang nak membuat pilihan warna untuk shawl pilihan anda kan? Takut jika salah pilih tidak sesuai pula dengan warna kulit kita nanti kan? Mari PapaG kongsikan cara bagaimana memilih warna shawl atau tudung yang sesuai mengikut tona kulit agar anda nampak anggun dan jelita. Insyallah.

panduan-memilih-warna-shawl-tudung

1) Tona kulit putih/cerah/kuning langsat

TAHNIAH kepada mereka yang mempunyai tona warna kulit ini!! Pemilihan tudung yang sesuai sangat senang dipadankan dengan banyak warna. Jika anda dalam kelompok tona kulit cerah serlahkan penampilan anda dengan menggayakan tudung warna-warna yang ceria dan terang seperti merah, hijau terang, biru terang dan hitam. AWAS, anda perlu jauhi memakai tudung berwarna pastel @ warna tanah seperti coklat, biru muda kerana ia menampakkan wajah anda kelihatan pucat.

 2) Tona kulit Sawo Matang

Anda dalam kelompok negara Asia. Kebanyakkan orang Malaysia berkulit sawo matang atau lebih tepat berkulit org Melayu. Pemilihan warna tudung yang sesuai untuk tona kulit sawo matang ini ialah kuning, hijau, oren. Dengan pemilihan warna ini menampakkan anda wajah anda kelihatan terserlah dan berseri-seri. PERINGATAN, anda yang berkulit warna ini cuba ELAKKAN penggunaan warna kelabu atau gelap yang membuatkan wajah anda tidak bermaya.

3) Gelap / hitam manis

Ungkapan "Hitam manis pandang tak jemu" bagi wajah yg berkulit gelap harus serlahkan penampilan anda dengan ceria dan cerah seperti biru laut, merah jambu, putih, peach dan hijau muda. ELAKKAN memilih tudung warna yang gelap seperti hitam, Coklat gelap, biru gelap, dan hijau tua kerana ia akan menampakkan wajah anda lebih gelap.

Semoga perkongsian tips kali ini membantu anda membuat pemilihan yang tepat untuk memilih tudung mengikut kesesuaian tona kulit. Upss.. sebelum tu. Korang dapatkan ke belum SHAWL EXCLUSIVE BY PAPAGLAMZ? Kalau belum cepat dapatkan sekarang tau.

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu kami dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah kami mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan kami berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 

KONSEP shawl yang PapaG ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang PapaG keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain yang PapaG suka ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah PapaG pilih kain ini untuk di jadikan shawl eksklusif kami.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)

Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)

Warna pilihan : 

shawl-labuh-chiffon
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)

shawl-labuh-chiffon
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)

shawl-labuh-chiffon
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)

Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)

Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Limited edition sebab aku tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. good tips untuk wanita2 di luar sana :)

    BalasPadam
  2. Nani suka pakai warna soft aje. Hehe :D

    BalasPadam
  3. Terima kasih untuk tipsnya papaG

    BalasPadam
  4. mohon share di group saya ye.. tq

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com