5.5.16

Salam Israk Mikraj

Assalamualikum semua. Salam Israk Mikraj buat semua umat islam seantero dunia. Peristiwa Israk Mikraj sudah tentu mempunyai seribu satu pengajaran yang boleh kita ambil sebagai pedoman dalam hidup kita seharian. Sebagai seorang muslim, peristiwa hebat seperti ini juga menjadi sebagai satu inspirasi buat kita untuk menghayati serta memperingati perit jerih perjuangan Bagind Rasulullah SAW dalam memperkembangkan ajaran islam.

Israk-mikraj

Peristiwa sejarah Israk Mikraj

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Isra’:1)
Peristiwa Israk Mikraj ini seharusnya menjadi pengajaran pengajaran serta mampu memberi keinsafan buat kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaannya. Sekiranya peristiwa ini benar-benar dipelajari dan dihayati, insyallah kita mampu menghindarka diri dari melakukan sebarang kemungkaran.

Salam Israk Mikraj dari PapaG.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com