14.10.16

Siapa Sangka Daun Pandan Mempunyai 1001Kelebihan Tersendiri

Assalamualaikum semua. Siapa sangka daun pandan mempunyai 1001 kelebihan terdendiri kan? Dengan mengamalkan pengambilannya dalam makanan atau minuman, ia mampu menjanjikan kesihatan terbaik untuk tubuh kita. Korang tahu tak daun pandan ni banyak kelebihan? Yang kita tahu, daun pandan ni kebanyakannya digunakan dalam masakan kan. Tapi ia juga berguna sebagai alternatif untuk merawat penyakit tau. 

manfaat daun pandan untuk miss v, manfaat daun pandan untuk wajah, khasiat daun pandan untuk kolesterol, efek samping daun pandan wangi, manfaat daun pandan untuk rambut, kandungan kimia daun pandan, fungsi akar pandan, khasiat akar pandan wangi, khasiat daun pandan untuk hipertensi, khasiat daun pandan untuk kencing manis, khasiat daun pandan untuk rambut, khasiat daun pandan untuk kulit, manfaat daun pandan untuk kecantikan,

Jom ketahui kelebihan dan kebaikan daun pandan

1.  Daun pandan dikatakan boleh digunakan dalam perubatan tradisional. Mereka yang menghidap darah tinggi, dikatakan boleh minum air rebusan daun pandan untuk menurunkan tekanan darah.

2. Amalan meminum air daun pandan mampu mematikan kuman dalam darah agar tubuh sentiasa sihat.

3. Air rebusan daun pandan boleh diminum oleh mereka yang mengalami masalah untuk tidur. Kandungan zat tanin dalam daun pandan memberikan kesan ketenangan sehingga mampu membantu untuk cepat tidur.

4. Bagus digunakan sebagai pelega kesakitan. Ia juga mengandungi sifat penjulap.

5. Daun pandan juga mampu melegakan sakit kepala, sakit telinga, sakit dada dan artritis.

6. Anda mengalami masalah rambut gatal dan berkelemumur? Gunakan daun pandan untuk mengurangkan masalah tersebut.

7. Caranya, anda boleh menumbuk daun pandan sehingga hancur. Tambah air dalam ramuan daun pandan yang telah hancur ini. Sapukan pada rambut dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air bersih.

8. Bahagian lain daripada keseluruhan pokok pandan mampu juga digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

9. Di India, daun pandan dikatakan sebagai ubatan tradisional untuk merawat masalah kulit seperti kusta dan cacar.

10. Rasa pahit yang terdapat pada daun pandan menjadikan amat bagus untuk merawat masalah kesihatan seperti diabetes, demam, ulser dan luka-luka.

11. Di Hawaii dikatakan bunga daun pandan dikunyah oleh ibu yang kemudiannya akan memberikannya kepada anak mereka sebagai penjulap.  

12. Bunga pokok pandan juga dikatakan memiliki ciri-ciri yang berfungsi sebagai afrodisiak atau menaikkan syahwat.

13. Jus yang di ekstrak daripada akar pokok pandan dikatakan boleh digunakan untuk melegakan sakit dada.

14. Jus yang di ekstrak daripada akar pokok pandan ini boleh digunakan sebagai tonik untuk wanita yang baru sahaja melahirkan bayi dan masih lagi dalam keadaan lemah.
    
15. Di kebanyakan negara di Asia Tenggara, daun pandan biasanya diikat dalam beberapa keping dan dijadikan sebagai pewangi di dalam almari dapur mahupun almari pakaian untuk halau lipas. Cara ini lebih selamat daripada menggunakan penyembur racun serangga.

16. Daun pandan juga dikatakan boleh digunakan sebagai pewangi semula jadi kereta. Lebih murah dan selamat daripada penyegar kereta berjenama. Bau wangi daun pandan ini adalah berikutan dengan minyak pati semula jadi yang mempunyai kebaikan dari segi nilai terapeutik.

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com