5.3.17

Kek Pisang Exclusive By Papaglamz | Kini dan Dulu

Assalamualaikum semua. Dalam entri kali ini saja PapaG nak ceritakan pada korang semua Kek Pisang Exclusive By Papaglamz | Kini dan Dulu. Ala saja nak comparekan kek yang Papag buat dulu masa memula baru beli oven dan sekarang. Ada beza ke tak. Untuk resepi kek pisang, korang boleh klik entri ni Resepi Kek Pisang Bercoklat Ukuran Cawan Yang Mudah. Jangan lupa klik tau.

resepi kek pisang kukus blender resepi kek pisang kukus tanpa telur kek pisang coklat resepi kek pisang berangan Banana cake gambar kek pisang banana cake picture
First time buat

resepi kek pisang kukus blender resepi kek pisang kukus tanpa telur kek pisang coklat resepi kek pisang berangan Banana cake gambar kek pisang banana cake picture
 Setelah buat 7-8 loyang

resepi kek pisang kukus blender resepi kek pisang kukus tanpa telur kek pisang coklat resepi kek pisang berangan Banana cake gambar kek pisang banana cake picture
Latest

Haaa macam mana? Nampak tak perbezaannya dulu dan kini? PapaG pun tak sangka dapat buat yang lebih baik dari yang awal tu tau. Betul la orang kata tak cuba tak tahu. Dan kalau malas nak cuba banyak kali memang tak menjadi la kan. Sejujurnya firstime buat yang tak berapa nak jadi tu, memang fed-up dah. Rasa nak simpan oven yang Papag baru beli tu dan simpan dalam kotak letak bawah katil. Tapi mana boleh macam tu kan. Sayang je beli mahal-mahal tak guna. PapaG cuba dan cuba lagi dan hasilnya boleh la korang tengok. Rasa pun very very not bad ok.!

Sekarang ni Papag bukan sahaja boleh baking kek pisang ni je. PapaG boleh juga baking kek coklat yang teristimewa untuk korang tau. Kalau tak percaya boleh follow facebook dan Intagram PapaG. Kat sana PapaG upload semua aktiviti baking PapaG. Sudi-sudi la melihatnya ye. 

Untuk korang semua, PapaG nak kongsi semula resepi kek pisang kat korang dalam entri kali ini. Enjoy..!!!

Resepi Kek Pisang Coklat Menggunakan Sukatan Cawan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang (dilenyek)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh asen vanilla

Cara membuat

  • Lenyekkan pisang. Letak tepi dahulu di dalam bekas lain.
  • Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  • Dalam bekas yang lain, putarkan telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak. Biarkan mixer terus berputar dikelajuan rendah. Kemudian masukkan asen vanilla. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Biarkan seketika sebelum masukkan ke dalam loyang pembakar.
  • Sebelum membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. PapaG bakar kek pisang ni pada suhu 180 darjah Celsius selama sejam.
  • Untuk membakar, sapukan minyak masak pada loyang. Lapikkan kertas minyak atau kertas kek di dalam loyang. Kemudian masukkan adunan kek anda. Selepas itu taburkan coklat cip di atas adunan tadi dan bakar dalam oven yang telah di panaskan.
  • Tunggu la sehingga kek tu siap.
Mudah je kan? Korang boleh la makan kek pisang ni untuk minum petang bersama keluarga. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com