27.5.17

Ucapan Salam Ramadhan dari Papaglamz

Assalamualaikum semua. Semasa aku menulis entri Ucapan Salam Ramadhan dari Papaglamz ni merupakan hari pertama kita berpuasa tahun 2017. Dikesempatan ini aku ingin sekali mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca Papaglamz .com yang tidak pernah jemu dan sentiasa memberi sokongan pada aku untuk aku terus menulis.

Ucapan Salam Ramadhan, Ramadhan Kareem

Ucapan Marhaban Ya Ramadhan aku tujukan khas buat keluarga aku sendiri, isteri aku, anak aku, mak ayah dan juga mertua aku, adik beradik aku dan sesiapa sahaja yang aku kenali. Tak lupa juga buat sahabat-sahabt maya aku. Blogger-blogger yang mengenali aku tak kira kita pernah berjumpa secara realiti atau hanya di alam maya sahaja.

Ucapah salam ramadhan ini juga aku tujukan khas buat rakan AFBians. Korang AWESOME...!!! Selalu memberi inspirasi untuk aku terus menulis dan memastikan blog aku ni kekal aktif dan tidak bersarang. Thank you korang. JANGAN LUPA PUASA TAU. Sudah-sudah lah berselfie dengan makanan tu. Buat-buat la inssoooffff..!!! Hehehe

Selamat Datang Ya Ramadhan, Bulan Penuh Rahmat dan Ampunan. 
Ramadhan Saatnya Membersihkan Hati, Meleburkan Dosa dan Nafsu Keduniawian.
Jadikan Ramadhan Sebagai Penyejuk Hati, Penyempurna Amal Ibadah Kita. 
Semoga di Bulan Suci Ini Kita Mendapat Limpahan Rahmat, Ampunan & Hidayah Ramadhan. 
Semoga Hidayah Ramadhan Kali Ini Mengangkat Kita ke Angkasa Kemuliaan....Amiiiin.
Mohon maaf lahir bathin 

With Love
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com