8.6.17

Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan

Assalamualaikum semua. Pejam celik dah 13 hari kita berpuasa (semasa entri ini ditulis). Raya nak dekat dah kan? Saja nak kongsi kat korang semua antara Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan aku masa raya. Korang mesti ada biskut raya yang korang suka kan? Untuk aku, ada la beberapa jenis biskut dan kuih raya yang aku betul-betul minat nak makan. Memang tertunggu-tunggu masa raya aku nak makan.

Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan Biskut Semperit

Biskut semperit

Antara kuih yang aku suka ialah semperit. Sebelum ni aku ada kongsikan dalam blog aku resepi semperit untuk korang cuba. Kalau makan biskut semperit yang gebu tu ya allah tuhan je yang tahu nikmatnya. Rasanya yang manis-manis lemak memang membuat aku termimpi-mimpi sepanjang tahun. Gituuuuu. Hehehe. Biskut semperit ni banyak versi. Ada yang versi panjang-panjang dan ada juga versi berbentuk bunga. Warna pun macam-macam tau. Merah de. Hijau ada. Dan terbaru warna warni pun ada. Tak kisah la apa versi sekalipun, asal rasa semperit tu ade, memang aku akan mengadap je la.

Tart gulung

Selain semperit, aku suka kuih tart gulung. Aku rasa tart adalah antara kuih raya yang evergreen. Dari dulu sampai sekarang, kuih tart memang akan menjadi rebutan setiap orang di hari lebaran. Tart juga banyak versi bentuk dan rasa. Ada yang bentuk bunga, gulung dan macam-macam lagi. Kalau dulu kita disajikan dengan tart nenas sahaja, kini macam-macam ada. Ada yang menggunakan jem strawberry la. Blueberry la. Macam-macam la. Tapi untuk aku. Tart nenas juga menjadi pilihan.

Bangkit cheese

Selain tart dan semperit, satu lagi kuih raya yang aku suka ialah kuih bangkit cheese. Bangkit cheese macam kuih zaman moden la. Kalau dulu kita cuma ada kuih bangkit sahaja. Setelah ada inivasi-inovasi merentasi zaman, muncul la resepi kuih raya alaf baru hasil gabungan dengan resepi lama menjadi yang baru. Macam kuih bangkit cheese ni la. kalau pergi beraya rumah orang terpandang kuih ni, memang tak pandang kuih lain la.

Kalau dulu mak-mak kita rajin buat sendiri kuih raya diorangkan? Sekarang orang dah malas dah. Macam aku harap je ada resepi kuih muih raya yang aku share kat blog ni. Tapi tak semua yang aku rajin nak buat. Kita main tunjuk-tunjuk je la. Tapi ingat jangan sakan main tunjuk-tunjuk sampai terlebih tunjuk sampai la membazir. Bersederhana itu lebih baik kan.

Ok la, tu je aku nak kongsi tentang biskut raya pilihan aku. Korang pulak macam mana?

With Love
Papaglamz

-sekian-

8 ulasan:

  1. kalau sya..wajib buat biskut ulat bulu,popia dan batang buruk

    BalasPadam
    Balasan
    1. popi tu sedap. Saya suka jugak popia nestum.

      Padam
  2. biskut semperit sy suka

    BalasPadam
  3. Sedapnya semua biskut raya tu. Fav mama biskut arab

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti tiap tahun ad dalam list kan./

      Padam
  4. suka kuih tart..sedapnya lahai..
    JanjiKita

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la. berbalang2 beli dgn lain2 org sebab nak rasa yang lain2 kan

      Padam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com