21.2.18

8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba

Melihat baju melonggok tentu sahaja membuat sakit mata kan? Nak melipat rasa malas pula. Lagi-lagi kain baju yang tertangguh untuk dilipat dan sudah menggunung. Aku selalu je bertangguh untuk melipat baju. Almaklum la, kadang kita ni tiada masa untuk melipat. Jadi kita simpan kejap. Bila ada masa nanti kita lipat la.

tips melipat baju, tips melipat baju untuk travel, tips melipat baju dengan cepat, tips melipat baju dalam koper, tips melipat baju cepat, tips melipat baju jimat masa, cara melipat baju dengan kemas, cara melipat baju dengan mudah,

And to tell the truth, siapa yang suka melipat baju ni kan? Ko tanya 10 orang aku confirm majoriti mesti jawab tak suka melipat baju. Alangkah bagusnya kalau mesin basuh tu automatik boleh melipat sekali. Hahaha. Nampak tak malasnya di situ?  

Sebenarnya aku tercari-cari tips mudah untuk melipat baju. Bila melihat baju semakin bertimbun-timbun tu rasa ada kesedaran untuk melipatnya. Tapi sebelum tu saja cari tips mudah dan menjimatkan masa semasa melipat kain baju. Mana tahu dalam sekelip mata boleh siap melipat baju tu kan?

8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba

1. Angkat baju dari ampian dan terus lipat

Pada aku ini adalah tips menjimatkan masa paling praktikal semasa melipat baju. Yela, bila kita lipat terus baju after angkat dari ampaian, kebarangkalian untuk kita bertangguh adalah sikit dan baju yangtidak berlipat juga tidak menggunung seperti gunung averest.

2. Letakkan baju di ruang tamu atau depan TV

Tips yang ni aku pernah juga buat. Ternyata menjadi. Apa tidaknya, ruang tamu dan ruang menonton televisyen ini adalah ruang yang selalu kita lalu-lalang. Bila nampak kain bertimbun diruangan ini sudah pasti akan menyakitkan mata. Tambah-tambah kita risau kalau-kalau tiba-tiba ada orang datang ke, so kita akan cepat-cepat la melipat baju tu. 

3. Pilih masa yang sesuai.

Since melipat baju merupakan perkara yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi, jadi, carilah masa yang sesuai untuk melipat. Contohnya, waktu senggang bersama keluarga ketika menonton TV selepas isyak ataupun selepas semua anak-anak masuk tidur. Baru la asa ketenangan nak melipat baju dengan jayanya.

4. Gunakan hanger 

Ha! kalau dah malas sangat-sangat nak melipat tu, apa kata gunakan hanger je. Lebih mudah dan menjimatkan masa melipat baju. Lagi best, masa menyidai baju selepas baju tu siap-siap hanger kan di ampaian. Jadi bila dah kering nanti terus masuk dalam almari je kain baju tu semua.

5. Melipat bersama-sama

Kalau tak larat nak melipat baju sorang-sorang, apa kata ajak seisi keluarga untuk melipat bersama. Selain dapat menjimatkan masa melipat baju, ia juga mampu mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Kalau ada yang tak pandai melipat tu terutamanya anak-anak, sebagai ibu atau ayah boleh la ajarkan.

6. Gunakan alat pembantu untuk melipat

Ok! Ni mungkin salah satu cara korang boleh untuk menjimatkan masa korang melipat kain. Gunakan alat pembantu lipatan atau orang-orang putih panggil 'Magic Folder Board'. Alat ni bukan sahaja boleh membantu korang menjimatkan masa melipat baju, malah hasil lipatan yang terhasil juga cantik dan tersusun rapi.

tips melipat baju, tips melipat baju untuk travel, tips melipat baju dengan cepat, tips melipat baju dalam koper, tips melipat baju cepat, tips melipat baju jimat masa, cara melipat baju dengan kemas, cara melipat baju dengan mudah,

7. Hantar dobi

Kalau nak lagi jimat msa melipat kain, korang hantar je baju-baju korang tu kat dobi. Senang. Nanti masa ambil, baju dan siap lipat dan iron lagi. Sangat sangat memudahkan dan mejimatkan masa untuk melipat baju.

8. Upah orang untuk melipat baju

Pada kau dari upah orang lipat baju, lebih baik kau hantar baju kau tu ke dobi je. Complete siap semunya dari basuh sampai melipat. Tapi kalau korang nak upah orang melipat baju korang pun tiada salahnya. Pilihan di tangan korang. Sekarang ni ada je kedai-kedai buat servis melipat baju. Siap boleh datang rumah untuk melipat baju di rumah lagi. Memang boleh menjimatkan masa melipat baju korang tau!

Itulah tadi 8 Tips Jimat Masa Untuk Melipat Baju Anda Mesti Cuba. Ok la, aku nak melipat baju yang menggunung tu. Jangan lupa share tips korang lipat baju ya. Share juga artikel ini pada yang lain.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian Lain
tips melipat baju dengan cepat,
tips melipat baju dalam koper,
tips melipat baju cepat,
tips melipat baju jimat masa,
cara melipat baju dengan kemas,

4 ulasan:

  1. ada alat lipat kain daripada kotak suami buat malas hahahaha.. kena ada mood nak lipat gak... terima kasih kongsi tip ni papaglamz

    BalasPadam
  2. ramainye yang share tips lipat baju ni...
    anto dobi sgt membantu
    hahahah
    hye papa
    lame xsinggah sini

    BalasPadam
  3. Pokok pangkal hati kan. Kalau rajin nk melipat mmg zup zap zup zap sekejap je dh siap... Kalau malas... Pepaham sudah... Hehe

    BalasPadam
  4. pilih no 4. gunakan hanger. semudah ABC. huhu

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com