29.9.18

Ini Dia 4 Sebab Anda Perlu Bercuti DI Pulau Jeju Pada Setiap Hujung Tahun

Assalamualaikum semua. Siapa tidak kenal dengan Pulau Jeju yang terletak Korea Selatan? Pulau yang sering digambarkan sebagai Hawaii Korea Selatan ini sudah pasti menjanjikan sesuatu yang menarik buat pengunjung yang datang ke sini.

Credit: @neollene on Instagram

Biasanya tarikan utama pelancong ke Pulu Jeju ialah dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, puncak gunung berapi yang menggunung tinggi dan juga kecantikan pemandangan ombak yang menghempas ditebing pantai.

Berikut merupakan 4 sebab kenapa Pulau Jeju boleh menjadi lokasi paling menarik percutian hujung tahun anda.


1. Bukan 'peak season'

Ya, walaupun pulau ini mendapat kunjungan dari pelancong sepanjang tahun, tetapi pengunjung sekitar bulan November hingga Mac iaitu dalam musim salji, pengunjung ke sini agak berkurangan. Jadi, keadaan di sini agak lengang. Anda lebih bebas untuk bercuti dan lebih tenang. 

Credit: Google

Lebih menarik lagi, harga tiket kapal terbang juga lebih murah waktu ini jika dibandingkan dengan musimpanas  di mana ramai pelancong datang. Ini merupakan peluang anda untuk bercuti ke luar negara dengan bajet yang rendah.

2. Menikmati aktiviti 'outdoors' 

Walaupun keadaan agak sejuk di hujung tahun, tetapi ia adalah lebih baik daripada keadaan yang sangat panas berpeluh. Antara aktiviti yang menarik ketika musim sejuk di sini adalah mendaki (Hike up snow-capped Hallasan), menunggang kuda merentasi jalan yang dipenuhi salji dan juga aktiviti berkhemah.

Credit: @chan.bang on Instagram

Walaupun aktiviti-aktiviti ini agak 'rare' dilakukan ketika musim sejuk, percayalah melakukan aktiviti ini di pulau ini akan menjanjikan anda seribu satu kenangan manis yang bakal anda bawa pulang nanti.

Credit: Jeju Tourism Organisation
3. Bersantai bersama pemandangan yang cantik di Jeju

Buat peminat bunga, pada musim ini sangat banyak pemandangan-pemandangan yang cantik yang disajikan. Kelopak-kelopak bunga yang mekar cantik ini membuatkan suasana sekitar Jeju begitu indah dan sangat mendamaikan. Sekiranya anda berada di Jeju antara bulan November dan awal bulan Mac, Camellia Hill adalah daya tarikan yang mesti dilihat.

Credit: @neollene on Instagram

Jangan lupa bawa pakaian musim sejuk anda dan luangkan sedikit masa untuk menikmati keindahan bunga-bunga disini. Bunga Camelia dikenali sebagai bunga romantik jadi anda wajib mengambil beberapa keping gambar bersama yang tersayang disini.

4. Waktu terbaik memetik buah Tangerin

Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di Jeju pasti akan bercerita tentang keenakan dan kemanisan buah tangerin di sini. Seakan buah limau, tangerin adalah menjadi signature para pelancong yang datang kesini kerana rasanya yang manis, masam dan berair. Memang sedap!

Credit: @qilaudz on Instagram

Credit: @jiihyonni on Instagram

Sebenarnya tengerin terdapat dua jenis dipanggil Gamgyul dan Hallabong. Gamgyul lebih kecil dan menyerupai oren mandarin manakala hallabong mempunyai benjolan yang ketara di atas. Kedua-duanya sangat popular ketika musim sejuk kerana pada ketika ini buah ini sangat manis dan juicy.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "4 Sebab Pulau Jeju Jadi Lokasi Paling Menarik Untuk Percutian Hujung Tahun" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

2 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com