26.9.18

Ramai Puji Vokal Alif Satar Dalam Persembahan Duet Bersama Dato' Siti Nurhaliza Di Malam Final Big Stage

Assalamualaikum semua. Rasanya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan taniah buat semua pemenang Big Stage musim pertama. Malam konsert final yang telah berlangsung pada 23 September yang lalu tentu sekali membawa seribu satu kenangan buat peminat program tersebut.


Sebenarnya aku bukanlah mengikuti sangat big stage dari awal-awal. Mula-mula aku mengikuti program ini masa minggu ke 4. Tu pun sebab tertengok video persembahan Syafiq Farhain di You Tube. Harus la aku penyokong Syafiq dalam Big Stage ni. Hehehe

Apapun, dalam banyak-banyak persembahan malam final tu, aku memang terpukau dengan persembahan duet Alif Satar bersama Dato' Siti Nurhaliza. Rasanya bukan aku je. Ramai yang puji vokal Alif Satar dalam persembahan duet bersama Dato' Siti Nurhaliza di malam final Big Stage tempoh hari. Tak sangka Alif mampu menyjikan persembahan yang begitu memukau.
Jom layan video persembahan duet Alif dan Dato' Siti di malam final big stage tempoh hari.


Ramai yang memuji vokal Alif. Ada juga yang berpendapat Alif ni adalah antara artis yang 'UNDERRATED' di Malaysia. Dan ada juga yang membandingkan sura Dato' Siti dengan Alif. Mengatakan suara Dato' Siti ditenggelami dengan vokal Alif. Macam-macam kan komen nitizen ni. 




Baca juga : Jom Lihat Senarai Peserta Gegar Vaganza 2018 Yang Terbaru



Anyhow, taniah Dato' Siti dan Alif kerana dapat memberikan persembahan yang sangat menghiburkan. Bagi aku ni lah juara pada malam itu. Hahaha. 

Dan yang paling best, terubat rindu nak tengok persembahan Dato' Siti secara live dalam televisyen. Suara pun masih mantap. Tapi, kena accept la bila dah berumur ni kan. Sesuai la dengan vokal sekarang. Jangan over expected dah la.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

4 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com