21.9.18

Tips Dan Panduan Menghilangkan Sakit Lutut Dengan Air Minuman Halia Dan Lemon

Sakit lutut sudah pasti mengganggu aktiviti kita seharian. Anda akan rasa susah untuk berjalan dan macam-macam lagi keadaan yang akan membuatkan kita tidak selesa. 

Bagi yang aktif bersukan, sudah pasti aktiviti sukan anda terjejas.

merawat dan hilangkan sakit lutut

Macam-macam ubat yang ada di pasaran yang digunakan untuk meredakan sakit lutut. Tapi, mahukah anda mencuba resipi mudah ini dengan menggunakan bahan-bahan smeula jadi untuk membuat minuman yang dipercayai boleh menghilangkan sakit lutut anda. 

Baca juga : Buat Kaki Hiking Tegar! Jom Try Biobax Untuk Menghilangkan Sakit Lutut Semasa Mendaki

Resipi mudah hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia dan lemon


Bahan-bahan:

1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu

Cara-cara:

1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.

merawat dan hilangkan sakit lutut

2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.


3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.


4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.


5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.


Memang mudah kan? Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kredit resipi & gambar: Azliza Talib Via Kami Kongsi

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Resipi Mudah Minuman Halia Dan Lemon Atasi Masalah Sakit Lutut" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

1 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com