26.2.19

Resipi Ringkas Kek Marble Moist Sukatan Cawan

Assalamualaikum semua. Kek Marble adalah antara kek yang menjadi pilihan ramai. Kek ini boleh dinikmati samada ketika sarapan pagi ataupun minum petang. Tak lupa juga kek ini juga dijadikan sebagai side dish ketika majlis keraian selain kek butter.


Ok la! Entri kali ni aku nak share resipi ringkas kek marble mengikut sukatan cawan yang telah dikongsi oleh Puan Salimi di facebook beliau. Kek marble sukatan cawan ni lebih mudah untuk dicuba buat anda yang tiada penimbang dirumah. Selamat mencuba.

Kek Marble Moist Sukatan Cawan..

Bahannya

1 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur 
1sb ovelet 
2cwn tepung gandum(ayak)
1sdb baking powder(ayak)
1sdt esen vanilla
3sdb susu pekat manis
2sdb serbuk koko
pwarna hijau 
Gunakan loyang saiz 8"

Baca Juga : Asyik Apam Nasi Je. Apa Kata Cuba Resipi Apam Labu Pula

Cara membuatnya

1.Pukul butter dan gula ovelet selama 10-12 minit. Msuk telur satu persatu sambil pukul perlahan.

2.Kemudian msukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder. Guna kaedah kaup dan balik sahaja dan msukkan susu pekat manis. Gaul hingga sebati semua bahan.

3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal, dan adunan kedua letak 2 sudu koko tadi dan mix adunan tu. 1 bahagian lagi warna hijau.

4. Jagan lupa sapu marjerin pada loyang tadi dan lapik dengan kertas minyak.

5.Ambil satu senduk adunan letak di tengah2 loyang. Jangan ratakan. Kemudian ambil senduk adunan koko. Tindihkan tgh adunan pertama tadi. Jangan ratakan. Ulang step sehingga habis semua adunan.


6. Setelah siap, lorek dengan lidi dan buat la corak yang sukai.

7. Panaskan oven suhu 170' darjah dan bakar selama 45 minit @ masak.

Selamat mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

1 ulasan:

  1. Marsha pun suka kek marble. Nanti boleh cuba buat sendiri pula. Asik beli je.

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com