19.8.19

Resepi Murtabak Maggie

Assalamualaikum semua. Jom layan cerita disebalik resepi murtabak maggie yang mudah yang telah dikongsi oleh puan Siti Noraini Binti Bisri ni. Nampak mudah sangat sedap.

Jom tonton : Resepi Sosej Homemade Dijamin Sihat Tanpa Pengawet


Cara buat.

Mula mula siapkan daging cincang dulu.

Tumis bawang merah dan bawang putih, aku suka pakai bawang merah banyak banyak sebab sedap, pastu masukkan serbuk kari,masukkan air sikit then masukkan daging cincang. Jangan lupa garam. Masak sampai dia agak pekat. (refer video klau ta faham) Da masak sila ketepikan.


Sayur apa pun nak letak terpulang, semua sayur tu sila potong kecik kecik. Aku letak cili benggala kuning, cili benggala merah, kacang panjang, sosej, dan daun sup. Aku suka letak daun sup banyak banyak sebab dia wangi, klau engkorang ta suka tayah letak.

Maggie jangan lupa rebus dulu ye adik adik, kang kau makan murtabak maggie rasa murtabak mamee monster plak.


Bila semua da sedia, pecahkan telur (ikut kuantiti berapa banyak maggie kau pakai, selalunya 2 biji telur untuk 1 bungkus maggie) pukul telur tu dengan daging cincang yang da siap masak, lepas tu masukkan sayur yng kau da cincang dan maggie yang da direbus tu.

Last sekali masak la pakai non stick pan,beli pan tu kat diy, murah je. toksah beli yang mahal kedaung tu. bazir je. cara masak tu refer la kat video ye sebab aku malas na menaip panjang panjang sebenarnya.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com