6.9.19

RESEPI KUIH LIDAH BUAYA/TIRAM

Assalamualaikum semua. Siapa suka makan ni? korang panggil keropok apa? Lidah buaya,tiram,kapal terbang?


Resepi mudah dan ringkas!!! Jom cuba resepi kuih lidah buaya/tiram


Bahan A

3 gelas tepung gandum
1 biji telur
1 sd mkn mentega (tak letak pun boleh)
Air secukupnya
Pewarna jika suka

Jom tonton : Masak Maggie Goreng Bersama Anak-anak

Bahan B

3 sd makan tepung jagung
1 1/2 sd mkn minyak masak
*campur jadikan pes.
*gula (kisar)

Cara-cara

Uli bahan A sehingga menjadi doh seperti doh karipap, pastikan tidak lembik,bahagikan doh kpd 2 dan rehatkan sebentar.

Canai tipis doh, kemudian sapukan bahan B sehingga rata, gulung doh dan potong dgn pisau..Selepas tu canai setiap bahagian yang dipotong.

*bila sdh selesai, panaskan minyak dan goreng dlm minyak terendam, api "medium heat"

*biarkan sejuk kemudian tabur dgn gula kisar
Selamat mencuba.

Rujukan: Jom Belajar Buat Bisk

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com