Nama Vitamin

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein

Fungsi
Fungsi Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membekalkan tenaga.
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
  • Penting bagi ibu yang menyusukan anak, kanak-kanak dan mereka yang sedang pulih dari sakit.
  • Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Simptom kekurangan


Kekurangan protein yang serious oleh seseorang akan menyebabkan tumbesarannya terganggu. Kemungkinan beberapa symptom akan kelihatan seperti:
  • Mudah keletihan.
  • Kulit yang kusam dan tidak bertenaga.
  • Mudah terkena penyakit.
  • Simptom ramut gugur yang melampau.

Sumber makanan
  •  Susu
  • Telur
  • Keju
  • Daging
  • Ikan
  • Ikan Teri
  • Bijian-bijian yang masih berkulit
  • Kentang
  • Kacang tanah

 Golongan yang memerlukan

  • Wanita HamilProtein di perlukan bagi memastikan tumbesaran tulang dan sel-sel bayi dalam kandungan.
  • Ahli sukanProtein di perlukan untuk membina sel-sel  otot yang di khuatiri tercedera ketika melakukan aktiviti sukan.
  • Mereka yang sedang pulih dari sakitProtein di perlukan bagi membantu pembentukan sel-sel pemulihan sebagai contoh jika pesakit mengalami luka yng teruk ESP akan membantu pembenutkan sel-sel baru sekaligus mempercepatkan luka pulih.
  • Kanak-kanakKanak-kanak semeangnya memerlukan protein yang secukupnya bagi membantu tumbesaran mereka. ESP boleh bertindak sebagai agen member tenaga di samping membantu pembinaan sel-sel tulang, kulit, antibody dan sebagainya.

 Kelebihan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah. Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya. Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Harga 

RM 150.00
850 g



Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Assalamualaikum

Sungguh tak disangka begitu cepat masa berlalu. Hari ni hari terakhir 2014. Sayu bila mengenang kembali kenangan-kenangan mengusik jiwa yang berlaku di dalam hidup Papaglamz. Yang pasti kenangan-kenangan ni pasti akan tersemat kukuh dalam ingatan Papaglamz.

Awal tahun tiada apa yang special untuk di ceritakan cuma bada 1 April 2014 isteri Papaglamz mula bertugas sebagai pendidik di Sekolah Rendah At-Taqwa Temerloh. Bejujuran air mata kami berdua kerana kena duduk berjauhan di tambah pula wife time tu tengah mengandung kan? Masa mula-mula tu agak kekok la. Tapi ni dah hujung tahun macam kami dah boleh adapt dah. Kami gembira dengan kehidupan kami di samping meredhakan diri. Alhamdulillah.

Kenangan yang paling tak dapat Papaglamz lupakan. Kelahiran Puteri sulung Papaglamz Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal pada 17 Mei 2014. Kalau tahun 2013 kenangan terbesar ialah menikahi isteri Papaglamz yang di cintai, tahun ni dapat baby pulak. Cepatnye la masa bergerak. Sekarang ni Imtiyaz dah 7 bulan. Dari status suami naik satu darjat lagi seorang AYAH. Boleh jadi wali lagi. Memang berat tapi, ni la matlamat hidup manusia untuk menjadi Khalifah kan? Sahut cabaran dengan redha.
Umur Sehari
Selepas 7 bulan
Tak lupa jugak kenangan menjaga orang berpantang, Kenangan teman orang berjaga malam. Walaupun sebenarnya Papaglamz x selalu pun bangun. Cik isteri tersayang la yang rajin sangat bangun. Demi anak tercinta. Kesukaran digagahi jua. Hehehe

Kalau tahun lepas kami beraya berdua tapi tahun 2014 ni kami beraya bertiga. Ya Allah rase seronok sangat-sangat. Nak pergi beraya dah kene mangangkut barang si Imtiyaz pulak la. Rasanya barang die la yang paling banyak daripada barang kami berdua. Kalau dulu balik kampung 3 beg je sekarang balik kampung 4 kadang-kadang mau 6 beg jugak. Hahahaha. Ape la yang di bwak tu kan?

Ok masuk bulan sepuluh Papaglamz.com pun dilahirkan pada tarikh 29 Oktober 2014. Kiranya hari ni Papaglamz.com berumur 2 bulan 2 hari. Haa dua dua dua gitu. So far ok la. Seronok jugak berblogging ni. Berceloteh itu ini. Walau kekadang tu terover kan? Harap maaf la. Dari template simple Papaglamz cuba belajar tukar-tukar template yang agak best la. Untuk keseluruhan selama 2 bulan usia Papaglamz.com ni Papaglamz ad 10K page view, 196 follower dan sebanyak 117 entri telah di nukilkan termasuk entri yang ni la. Hehehe. Semoga Papaglamz terus istiqomah. Insyallah.

Dan ni yang terbaru. Melalui platform Papaglamz.com, Papaglamz cuba untuk mencuba di dalam perniagaan online. Mesti semua perasan kan? Sana sini kat blog ni pasal Shaklee je kan? Huhuh. Orang kata sambil menyelam minum air kan? Ni la Papaglamz nak minum. Kita tengok hilang ke tak kehausan bila minum sambil-sambil menyelam ni. Hehehe. Harapnye Papaglamz tak akan berhenti sekerat jalan. Jom support Papaglamz. Order satu dua botol apa salahnye kan? Hehehe. Walaupun banyak entri pasal Shaklee, jangan risau Papaglamz akan teruskan juga untuk update-update pasal Tinta Papaglamz, Foodsglamz, Travelglamz dan semuanya la untuk semua follower. Insyallah.

p/s: Kta bersama-sama berdoa agar setiap apa yang kita lakukan di redhai Allah dan boleh mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik. Walaupun hanya dengan berblogging jer. Insyallah.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Assalamualaikum

Hari ni Papaglamz nak share satu sajak yang Papaglamz dapat dati group wassap. Mulanya tak bertajuk. Tapi Papaglamz letak la tajuk sendiri. Sajak yang betul-betul menyentuh Papaglamz bila membacanya. Walaupun simple tapi bermakna. Enjoy reading.


Rintihan 2014



Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan m


u disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...


Mac 2014...

Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...


Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...


Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...


Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, 
si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...


Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...


Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...

Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...


2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...


Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...

Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, 
Terima kasih 2014... 
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...




p/s: Sila jangan kaitkan sajak ini dengan mana-mana politikus.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Nama Vitamin

Vitamin E Shaklee

Vita-E Complex

Fungsi

Fungsi Vitamin E Shaklee

  • Membantu mengurangkan sakit jantung.
  • Membantu melawan penuaan pra-matang pada kulit.
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan.
  • Anti-oksidan berupaya menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas.
  • Merawat KESUBURAN lelaki dan wanita.
  • Menyihatkan rambut dan kulit rambut.
  • Rawatan untuk PMS.
  • Mengurangkan masalah keradangan.

 Simptom kekurangan
  • Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin).
  • Masalah berkaitan system pembiakan.
  • Susah mengamdung.
  • Senang keguguran.
  • Tanda penuaan pada kulit (age spots).
  • Katarak.
  • Hilang nafsu seksual.
  • Rambut kering & gugur.
  • Kelemahan otot (myopathy).
  • Luka lambat sembuh.
  • Kebas kaki (cramps).
  • Penyakit berkaitan usus.
  • Mati pucuk.
  • Prostat membesar.

Sumber makanan
  • Almond.
  • Biji-bijian.
  • Bayam.
  • Hazelnut.
  • Brokoli.
  • Zaitun.
  • Margarin.
  • Buah Kiwi dan Mangga. 

Golongan yang memerlukan
  • Lelaki dan wanita.
  • Ingin kelihatan muda.
  • Mempunyai masalah jantung atau kolestrol.
  • Sukar mengandung.
  • Dingin untuk melakukan hubungan kelamin.

Kelebihan Vitamin E Shaklee

Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organic dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, d-alpha tocopheyl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan gabungan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ianya merupakan vitamin yang lengkap di pasaran.

 Ia juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membrane-membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ia juga penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, cadmium dan mengukuhkan anti-oksida serta melindungi retina.

Harga

RM 149.00
120 biji

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

ORDER DISINI


-sekian-
Nama Vitamin
Vitamin C Shaklee

Sustained Released Vitamin-C Plus

Fungsi

Fungsi Vitamin C Shaklee

  • Sebagai anti oksidan semulajadi dan mengekalkan integriti sel.
  • Menyihatkan gigi, salur darah, tulang dan otot.
  • Membantu mengurangkan symptom alergi.
  • Meningkatkan sitem pertahankan badan kita.
  • Membantu pembentukan collagen di bawah kulit.
  • Membantu mengawal tekanan dengan penstabilan hormone-hormon dalam badan.
  • Membantu menyihatkan mata dengan menggalakkan pengalirana darah ke mata.
  • Merendahkan risiko sakit jantung.
  • Baik untuk kulit kerana dapat menghalang kulit dari kusam, berjerawat, berparut dan cepat menyembuhkan luka.
  • Dapat mengurangkan keguguran rambut serta menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala yang optimum.


Simptom kekurangan

  • Kuku mudah patah
  • Mata terasa kering
  • Pecah-pecah di bahagian hujung mulut
  • Kulit memerah dan berminyak
  • Timbulnya jerawat
  • Rambut nipis
  • Kelemumur
  • Mata merah
  • Luka lambat sembuh


Sumber makanan

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti:
    • Oren
    • Kiwi
    • Laici
    • Brokoli
    • Tomato


Golongan yang memerlukan

Secara generalnya, semua orang yang sihat memerlukan vitamin c kerana tanpa vitamin c yang mencukupi, kita akan lebih mudah terdedah kepada risiko dijangkiti penyakit.
Tetapi ada golongan yang secara spesifiknya lebih memerlukan vitamin C kerana risiko untuk golongan ini mendapat penyakit lebih tinggi seperti perokok dan second hand smokers (sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C), pengguna alcohol (alcohol boleh mencairkan asid askorbik dlm darah dan meningkatkan kehilangan vitamin C melalui air kencing), mereka yang sentiasa ‘stress’ (bila kita stress, vitamin c akan musnah dan menyebabkan kelenjar adrenal tidak mendapat bekalan vitamin c yang secukupnya. Salah satu fungsi Kelenjar adrenal ialah mengawal metobolisme tubuh. Bila tidak mendapat vitamin C yang secukupnya, oxidation level (proses metabolisme makanan kepada tenaga) dalam darah akan meningkat, menyebabkan kelenjar adrenal tidak dapat menyingkirkan toksin dan menyebabkan tubuh terdedah kepada risiko mendapat penyakit.

Kelebihan Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee di kenali dengan nama Sustained Released Vita-C. Ianya berbeza dengan vitamin-vitamin yang terdapat di pasaran. Ia diformulasikan dengan ciri yang tersendiri di mana ia dibebaskan perlahan-lahan mengikut paten yang istimewa supaya penyerapan vitamin oleh badan adalah optimum. Vitamin ini juga bersifat larut air dan adalah di nasihatkan untuk meminum air masak 2 hingga 3 liter sehari jika anda mengambil vitamin ini.

Harga

RM 92.50
180 biji

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA
Sumber 2

-sekian-

Assalamualaikum

Hahaha tetibe nak wat entri benda alah ni. Enjoy reading yer. Antara amalan-amalan yang boleh di lakukan untuk meningkatkan tahap kesuburan seseorang lelaki:
Gambar hiasan jer
1. Jangan makan bersulam dengan minum air.

2. Kurangkan minum ais kerana akan melemah kan tenaga batin.

3. Jangan hembus nafas ketika minum air kerana badan akan cepat lemah dan penat.

4. Mengamalkan pengambilan vitamin bagi menstabilkan hormon serta menambah tenga KEJANTANAN anda.

p/s: Abang sihat, isteri Suka.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-


Assalamualaikum

Haaa entri kali ni lain macam siket. Tak pernah2 upload lirk lagu. Tetibe.. Papaglamz suka lgu ni.. Projection suara Alyah mantap...!!! Good job. Good luck untuk Anugerah Juara Lagu nanti ye Alyah.

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

p/s: Alhamdulillah ramai artis bertudung sekarang ni.


Assalamualaikum



Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Assalamualaikum

Stress boleh di atasi dengan Vitamin? Terkesima Papaglamz mengetahui fakta ni. Sejak involve dalam group Shaklee no tiap-tiap hari dok cerita pasal nutrition jer. Sampai ad bab stress ibu-ibu selepas bersalin.

Tahukah anda kira-kira 15% wanita mengalami kemurungan selepas bersalin. Banyak kan? Kalau tidak do bedung, masalah ini akan terus menghantui ibu-inu yang sedang berpantang. Cara mudah untuk mengatasinya ialah peranan suami yang perlu sentiasa memberi dorongan dan kekuatan pada si isteri.

Selain itu, pengambilan vitamin-vitamin dapat memberi kekuatan dan tenaga kepada si ibu sekaligus dapat membantu mengurangkanss @ meroyan. Antara vitamin-vitamin yang boleh diambil ialah:

1. BCOMPLEX

Seperti yang sering adaa bagitahu sebelum ni, vitamin B terdiri dari 8 komponen dan untuk kesan yang efektif, kesemua komponen harus hadir bersama. B complex membantu menukarkan tryptophan kepada serotonin, dimana biasanya orang yang mengalami depresi atau kemurungan, kurang serotonin. Dalam 8 komponen ini yang paling menyumbang dalam mengurangkan kemurungan ialah:

Vitamin B6

Vitamin B6 adalah faktor utama dalam menukarkan asid amino kepada serotonin dan norepinephrine . Tahap vitamin B6 yang rendah didalam badan telah menyebabkan gejala kemurungan dan sekiranya pesakit mengambil vitamin B6 ini dengan segara ia akan membantu melegakan simptom.

Asid Folik

Simptom kekurangan asid folik agak serupa dengan kemurungan  iaitu, insomnia , tiada selera makan , sikap acuh tak acuh , kebimbangan, keletihan , gelisah.

Kajian menunjukkan, kekurangan asid folik boleh menyumbang kepada beberapa kes kemurungan dan dalam beberapa kajian telah menunjukkan, mereka yang mengalami kemurungan biasanya mempunyai tahap folat yang rendah

Vitamin B12

Pesakit yang diberi Vitamin B12 telah menunjukkan perubahan yang drastik atau signifikan dalam pengurangan simptom kemurungan.

2. VITAMIN C

Vitamin C adalah vitamin yang sangat penting dalam menukarkan tryptophan kepada serotonin. Kajian menunjukkan, mereka yang kekurangan serotonin lebih cenderung dan lebih terdedah kepada kemurungan. Dengan pengambilan Vitamin C setiap hari mampu memberi impak yang besar dalam pengurangan simptom kemurungan.

3. KALSIUM DAN MAGNESIUM

Mengikut Universiti of Michigan Depression Center , makanan tambahan kalsium boleh membantu menurunkan gejala kemurungan selepas bersalin. Ibu yang menyusukan anak digalakkan untuk mengambil kalsium dalam diet harian sebanyak 1000-2500mg setiap hari.

Mereka yang kekurangan magnesium akan mengalami simptom yang sama seperti gejala kemurungan. Dalam kajian yang dilakukan keatas 200 pesakit kemurungan, 75% daripada mereka didapati kekurangan magnesium dan setelah diberi dos yang mencukupi, mereka telah menunjukkan perubahan yang memberansangkan. Pengambilan magnesium sebanyak 200-400mg sehari mampu memperbaiki ‘mood’ dan mengurangkan depresi.

Haaa best kan? Vitamin pon boleh membantu masalah stress or meroyan. Terbaik lah Shaklee ni.


Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Assalamualaikum

Hari ni Papaglamz berada di kampung Johor. Meninggalkan sebentar Kuantan tempat mencari rezeki tu. Pepagi buta bukak FB ramai yang mengupdate status-status tentang banjir di Pantai Timur. Nampaknya banjir semakin mengganas. Risau pulak tinggal kan rumah kat Kuantan tu. Harap tak ade ape la yang berlaku.

Jom rakyat Malaysia semua. Sama-sama kita doakan supaya banjir yang berlaku ni cepat la sampai ke penghujungnya. Dan kepada semua mangsa banjir, Papaglamz doakan agar anda dan family anda tabah dalam menempuhi dugaan ini. Jaga keselamatan anda.

p/s: BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.
#Prayforpantaitimur

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA


-sekian-

Assalamualaikum

Pernah beberapa bulan lepas kita di gemparkan dengan isu coklat cadbury mengandungi DNA babi tu. Tapi JAKIM dah pon membuat kenyataan yang coklat tu halal. Siap ad cop Halal lagi yer.

Tu bukan isu untuk entri Papaglamz kali. Isunya ialah pendekatan Cadbury untuk menarik semula pelanggan dalam nak menyampaikan pada semua yang produk mereka halal tu. Agak menarik, si ayah baeu balik dari surau membawa buah tangan cadbury. Memang penuh maksud yang tersirat di situ.

Papepon, good work pada marketing team work yang come up dengam idea sebegiti rupa. Baru menampakkan Malaysia ni negara beragama islam kan?

p/s: Agak-agak la kan, macam mana iklan DOVE n Lux nak meniru konsep macam iklan cadbury tu?
#Ternanti-nanti

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA


-sekian-


Assalamualaikum

Arghhhh...!!! Papaglamz jeles. Full Stop. Untung la cikgu-cikgu yang sedang bercuti time2 hujan ni macam wife Papaglamz tu. Kite dok sebok nak g keje pepagi buta siap-siap. Hamboi uolsss siap berselimut comforter melabai-lambai di atas tilam melihat Papaglamz pergi kerja. Sambil si anak pun senyum2 sinis manje. SENTAP...!!!!

p/s: Satu hari nanti Papaglamz tak yah dah nak g kerja keluar rumah pepagi. Tak caye? Dengan biz Shaklee ni insyallah. Mentor Papaglamz dah bukti kan. Anak didik dia la pulak akan menyusul nanti. Doa kan yer kawan Star Master semua.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA


-sekian-

Assalamualaikum
KLIK SINI
Papaglamz join Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz. Sape nak join jugak, klik link kat bawah banner tu yer.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Assalamualaikum

Agak lama Papaglamz tak update entri pasal makan makan makan danalan kan? Hehe. Dah tu tetibe musim-musim hujan ni update pasal ais krim segala bagai pulak. Tak sejuk ke Papaglamz oi. Sebenarnya dah dari bulan lepas makan air krim yang super duper havox ni dengan isteriku yang di cintai. Hehehe.

Yela kami berdua dating-dating mesra sama2. Nak try jgak makan ais krim ala-ala orang yg baru2 couple tu. Cari feel katanya. Tapi kami dah ade handbag bergerak siap boleh bersuara lgi (anak). Ngeee..

Okay Papaglamz makan aiskrim ni dekat dalam East Coast Mall. Ade adecla satu kios kecik kat tengah2 alam jual asikrim. Kami pon cube la. Kami order la. Papaglamz order aiskrim chocolate isteri pulak aiskrim durian macam gambar kat bawah tu. Haaaa best kan? kan? kan? kan?

Chocolate snow ais cream

Durian Crispy Ice Cream
Rasanya memang best. Masa mula2 tengok food presentation die pon ala-ala terkesima gitu. Tek pernah la Mak Jemah eh Papaglamz tengok ais krim di serve sebegini rupa. Cantik meletz. So kami pon menikmati ais krim itu sambil kenyit2 mata antara satu sama lain. Fefeeling baru bercinta kan. Hahahah.

Ok la tu je. Kalau tak berkeberan jom la singgah kat ECM nih.

p/s: Hati-hati time hujan ni. Jangan amalkan makan ais krim selalu. Nanti batuk memanjang. Kalau nak tingkatkan imunisasi badan tu ape kate amalkan pengambilan Vitamin C Shaklee. Insyallah terhindarcdari sakit ditambah pulak kulit jadi Chantekzzzz

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN



Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti dimint

p/s: Apalagi jom pakat ramai-ramai join

Faizal @ Papaglamz
SID: 1177517
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Pos seluruh Malaysia

-sekian-







Assalamualaikum
KLIK SINI 
Dalam usaha nak mengglamzkan dan menambah kenalan-kenalan bloggerzz yang awesome, makanya Papaglamz join SEGMEN: Kapas Putih January 15 Bloglist. Sesiapa nak join-join glamz and berkasih sayang bersama bloggerz boleh la klik kat banner.

Faizal @ Papaglamz
SID: 1177517
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: KUANTAN
Pos seluruh Malaysia


-sekian-

Assalamualaikum

Haaa semua orang mesti ade target yang nak di capai kan? Papaglamz pun ade jugak. Saje nak sharing-sharing.

1. Aku nak kaya aku nak kaya

2. Aku nak nak update blog hari-hari

3. Aku nak buat promotion Shaklee habis-habisan online or offline

4. Aku nak jadikan business Shaklee ni sumber pendapatan utama aku

5. Aku nak dapat 3K dalam masa 3 bulan lepas join Shaklee

6. Aku nak berhenti kerja nak buat fulltime Shaklee dan nak fokus family lebih sikit

7. Aku nak upgrade Tahajjud, Dhuha, Zikir, mengaji quran, Sedekah, dan Doa byk2 supaya businees aku dgn shaklee ni berjaya dan rezeki di perluaskan

8. Aku nak buat blog aku jadi yang popular dari orang lain

9. Aku nak ramai customer datang refer kat aku bercerita pasal masalah diorang dan beli shaklee dengan aku

10. Dalam masa setahun aku nak ada pendapatan tetap dalam business shaklee ni

11. Aku nak dapat downline yang terbaik yang boleh jadi team aku

12. Segala entri2 aku dalam blog semua orang suka

13. Entri2 aku semua boleh menyentuh perasaan sesiapa yang membaca

14. Aku agent shaklee yang mempunyai service yang terbaik

15. Aku betul-betul suka business shaklee ni

p/s: Walaupun masih BARU, tapi Papaglamz yakin. LETS SET YOUR TARGET NOW......!!!!!!!

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang business Shaklee ni? Jom rerajin beramah mesra dengan Papaglamz.

-sekian-



Assalamualaikum

Selamat malam semua. Harap-harapnye semua sihat. Insyallah. Kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan segala macam nikmat yang telah diberi oleh Allah kan? Namun tahukah anda sebenarnya sangat mudah untuk menjemput rezeki ni. Dalam surah Taha ayat yang ke 132 bermaksud:

"Perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan balasan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa"

Sebenarnya menjemput rezeki itu lebih mudah daripada mencari rezeki. Bagaimana caranya?

1. Solat tahajjud
2. Solat dhuha
3. Doa dan zikir
4. Bersedekah
5. Membaca al-quran
6. Berusaha
7. Bersyukur

p/s: Jom pakat sama-sama amalkan. Insyallah rezeki yang penuh barakah akan datang kepada kita. Insyallah.

Ternyata dengan business Shaklee ni ditambah dengan team member saling memperingati akan rezeki itu kurniaan Allah dan kita sebagai hamba perlu terus berusaha, insyallah kita bersama akan dikurniakan zereki yang barakah bersama-sama.


Ingin mengetahui lebih lanjut tentang business Shaklee ni? Jom rerajin beramah mesra dengan Papaglamz.

-sekian-

Assalamualaikum

Salam pagi jumaat penuh keberkatan. Pagi-pagi lagi dah dapat kata-kata semangat dari mentor group Star Master, Kak Adaa. Kqk Adaa sharing pasal "Survival and Succeed". Terima kasih la Kak Adaa sebab setiap hari ada sahaja kata-kata semangat buat kami untuk kami berjaya dalam hidup dan mencapai impian yang kami cita-cita kan.


Servive or Succeed?

Percaya tak kalau Papaglamz cakap yang dalam hidup ni kita hanya diberi 2 pilihan. Samaada kita selesa dengan kehidupan sekarang atau kita mahu lebih maju kehadapan? Adakah kita sudah cukup dengan servival kehidupan yang kita ada? Gaji cukup untuk bayar pengasuh anak, bil-bil segala bagai. Adakah setiap bulan kita kita kita perlu survival demi melangsaikan segala yang perlu?

Ya.. Papaglamz setuju jika ada menyelar Papaglamz dengan mengatakan tu semuakan rezeki. Dah ketentuan die nak bagi rezeki kita macam mana. HALLLOOOOO......!!!! Kalau ko tak berusaha langsung nak berubah dok saje goyang kaki terus nak berserah bulat-bulat kat Tuhan, takde maknenye. Dalam quran sendiri ade dalil yang mengatakan Tidak akan berubah sesuatu kaum itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Not sure surah ape. See.. So try la berubah. Insyallah. Bila dah berusaha baru la kita berserah padanya.

Itu untuk servival. Pilihan kedua pulak kita boleh pilih untuk berjaya. Kita ambil risiko untuk pergi lebij jauh. Kiya kejar impian kita. Luaskan kekayaan. Capai kejayaan. Cabar diri untuk keluar dari ZON SELESA. Semua ini pasti boleh sebab kita di lahirkan untuk menkadi seorang yang berjaya. Cuma apa yang perlu kita lakukan?

1. Luaskan visi. Buat target apecyang kita mahu. Bila ad target mesti kita akan fikirkan cara untuk capai target itu.

2. Didik pemikiran kita untuk capai impian.

3. Tingkatkan keyakinan diri.

4. Tarik cas-cas pisitif dari sekeliling kita agar kita sentiasa positif dalam perjalanan menuju impian.

5. Ambil peluang-peluang keemasan untuk menambah baik ekonomi kehidupan kita.

6. Rancang satiap perkara yang ingin dilakukan.

7. Lakukan lankah-lankah untuk maju setiap hari.

8. Percayakan diri sendiri.

9. JANGAN BERPUTUS ASA.

Lagi satu. Mencipta kejayaan itu bukanlah mudah. Tanpa usaha dan kerja keras yang berterusan memang tidak akan kemana. Sehebat mana pun motivasi yang ade dalam diri. Kalau kita tidak mulakan langkah dan terus berusaha memang tidak akan kemana. Dan harus diingat, tercapai atau tidak kejayaan impian itu, semua ketentuan Tuhan. Tapi kita harus BERUSAHA. NEVER GIVEUP.....!!!!!!!!!

p/s: Seronok la dapat join group Shaklee Star Master. Bukan setakat sembang business jer. Sembang-sembang kerohanian pon ade. Alhamdulilah Papaglamz di temukan dengan Mentor Papaglamz. Jumpe time blogwalking jer. Never see face to face. Semoga apa yang diceburi mendapat keberkatan Allah. Insyallah. Mentor Papaglamz, Kak Adaa dah buktikan. Tak mustahil kan? So, Papaglamz kena kuat berusaha lagi. Chayoookk...!!! Insyallah. Dengan business Shaklee ni ditambah dengan team member yang awesome insyallah masalah keewangan dan masalah kekangan masa anda bersama keluarga akan satle. Cuma kita kena gigih berusaha.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang business Shaklee ni? Jom rerajin beramah mesra dengan Papaglamz.

-sekian-




Assalamualaikum

Jerawat sesuatu yang sangat menghantui mereka-mereka yang ingin kelihatan catik menawan. Namun, adakah kita tahu bagaimana boleh tumbuhnya jerawat di kulit wajah kita? Terdapat beberapa punca jerawat boleh timbul antaranya:

1. Kulit yang selalu terdedah kepada terik matahari.

2. Pemakanan ubat-ubatan yang boleh mengganggu hormon di dalam badan.

3. Penggunaan kosmetik kulit yang bersifat panas.

4. Keturunan

5. Faktor kerja seperti tukang masak yang terdedah dengan bahang api.

6. Hormon tidak seimbang.

7. Faktor usia menyebabkan kolagen kurang terbentuk.

Walaubagaimanapun rangkaian set kecantikan Shaklee diantaranya Vitamin C, Vitamin E, Kolagen dan Vivix berupaya untuk menyelesaikan masalah jerawat sekaligus membuatkan kulit kita mnjadi semakin cantik muda.

Vitamin C merupakan vitamin yang diperlukan oleh badan bagi membantu penghasilan kolagen. Dengan pengambilan Vitamin C yang konsistent, tubuh akan membina kolagen semula jadi yang di simpam di bawah kulit memberi impak kepada keanjalan kulit kita. Selain itu Vitamin C juga berperanan sebagai antioksida bagi melawan penyakit serta dapat mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

Vitamim C keluaran Shaklee Shaklee mengandungi 600 mg Acid Ascorbic yang mana ia menyamai dengan 7 biji buah limau atau oren. Dan pelepasan Vitamin C dari tablet ini adalah secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan tubuh kita. Itulah dia kelebihan Tablet Vitamin C Shaklee ni.



Bagi yang ingin memiliki Tablet ini. Pada bulan Disember ini Shaklee memberi tawaran hebat pembelian 7 botol Vitamin C Plus dengan harga enam botol. Bagi yang ingin membeli dalam kuantiti yang sedikit, boleh mbeli twin set dengan discount 5%.

Mari pakat beli dengan Papaglamz. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut, jom wassap Papaglamz lelaju.

Wassap: 0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz

-sekian-

Assalamualaikum

Ternyata ramai lagi masih tertanya-tanya pada Papaglamz selain Shaklee ni, ade tak sumber-sumber makanan lain yang boleh kita ambil untuk membekalkan Vitamin C dalam badan kita. Mesti la ada wahai pembaca-pembaca sekalian. Vitamin C Shaklee sendiri terhasil daripada extract bahan-bahan tumbuhan. Selain Vitamin C Shaklee, secara naturally, Vitamin C boleh di ambil dengan memakan beberapa buah-buaha seperti:

1. Limau

Limau membekalkan kuantiti Vitamin C yang agak tinggi. Dalam hidangan 1 biji Limau, tubuh kita mendapat 70 mg Vitamin C. Vitamin di dalam limau berbentuk Acid Ascorbic.

2. Betik

Selain limau, betik juga mempunyai kandungan Vitamin C. Setiap hidangan 157g betik, terdapat 95.6 mg Vitamin C. Selain Vitamin C, betik juga mengandungi fiber yang tinggi bagi memebantu dalam perkhumuhan.

3. Strawberry

Strawberry juga mempunyai kandungan Vitamin C. Setiap hidangan 147g strawberry mengandungi 86.5 mg Vitamin C. Selain rasa yang enak, strawberry kuga boleh di jadikan sebagai bahan antioksida dan melawan penyakit.

4. Mangga

Mangga juga mempunyai kandungan Vitamin C. Dalam sebiji mangga mengandungi 60 mg Vitamin C. Mangga dapat membantu proses pemulihan penyakit arthritis.


Walau bagaimanapun, di dalam sebiji tablet Vitamin C Plus Shaklee mengandungi 600 mg Acid Ascorbic yang mana ia menyamai dengan 7 biji buah limau atau oren. Dan pelepasan Vitamin C dari tablet ini adalah secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan tubuh kita. Itulah dia kelebihan Tablet Vitamin C Shaklee ni.

Bagi yang ingin memiliki Tablet ini. Pada bulan Disember ini Shaklee memberi tawaran hebat pembelian 7 botol Vitamin C Plus dengan harga enam botol. Bagi yang ingin membeli dalam kuantiti yang sedikit, boleh mbeli twin set dengan discount 5%.



Mari pakat beli dengan Papaglamz. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut, jom wassap Papaglamz lelaju.

Wassap: 0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz

-sekian-

Google+ Followers

Blog Follower

Assalamualaikum

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih

With Love

-PapaG-