AYAH.. JOM MANDI

/
28 Comments
Januari 28, 2015
Assalamualaikum

Di keheningan malam yang sejuk ni, macam biasa la kalau hari-hari minggu bersendirian je la. Duk wassap-wassap, voice message ngan berbalas message bergambar bersama wife yang jauh dari pandangan mata. Nasib baik la ade kemudahan wassap ni. Boleh la sedikit sebanyak menghilangkan rindu dengan anak dan isteri tercinta tu. Hehehe.

Tibe-tibe tajuk JOM MANDI. Apakah itu? Papaglamz teringat first time mandikan anak. Masa tu umur masih 5 hari. Haaa lima hari tu. Terkejut mak mertua den. Memula macam tak konfiden yang Papaglamz boleh mandikan Imtiyaz yang baru umur 5 hari tu. Don’t judge me by the cover la mak. Hahahaha. Tak de la Papaglamz nak cakap macam tu kan? Berdosa..!!! Ye la, Papaglamz saje memberanikan diri untuk memandiakn Imtiyaz tu walaupun baru berusia 5 hari. Tak cuba tak tau kan?

Mulanya tu agak kekok jugak la. Tapi, Alhamdulillah selesai. Dan selepas itu, jadilah rutin memandikan Imtiyaz jatuh di atas bahu Papaglamz. Selagi masih bercuti la. Kalau dah abes bercuti, harus la nenek kesayanganya la yang mandi kan. Hehehe
Picture yang takde kena mengena langsung dengan tajuk entri. Hehehe
Bila bercerita tentang mandi ni, teringat Papaglamz akan satu falsafah tentang Ayah yang memandikan anaknya. Sebelum itu, sememangnya semua orang tahu akan tanggung jawab seorang ayah kan? Mendidik, melindungi, memahami dan banyak lagi la. Segalanya terletak dibahu seorang ayah. Jadi, Ayah seharusnya sentiasa memandikan anak-anak dan isteri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat agar tanggungjawab mendidik itu terlaksana.

Selain itu juga, mandikan anak anda dengan lautan kasih sayang yang tidak bertepi. Kerana ayahlah tempat untuk mereka berpegang. Jika keringnya kasih sayang dari seorang ayah, maka gersanglah jiwa si anak itu nanti. Setuju tak? Besar kan tanggungjawab ayah ni? So, renung-renungkan dan selamat beramal. Hehehe

Papaglamz nak share tips untuk memandikan bayi anda dengan mudah.
  • Mandikan bayi anda ketika waktu dhuha kerana pada waktu ini kitaran darah dan degupan jantung bayi adalah dalam keadaan yang tenang.
  • Cara siraman perlulah betul yang mana ia seharusnya dimulai dengan siraman di bahagian belakan bayi kemudian kaki, naik ke bahagian punggung dan kepala.
  • Semasa mandi, harus diingat supaya kita menggunakan sentuhan-sentuhan lembut ke atas bayi supaya pengaliran darah di dalam tubuh anak kita lancer. Sentuhan ini juga penambah kasih sayang tau.
  • Kemudian, siram dari bahagian belakang hinga ke kepala. Perlahan-perlahan  untuk mengelakkan air mengalir masuk ke dalam luban telinga dan hidung.
  • Ini adalah penting. Semasa memandikan, seeloknya di lakukan oleh AYAH dan sambil itu berzikir di dalam hati di dalam hati “Ya Latif, Ya Hadi”.
  • Pastikan siraman tidak di lakukan di bahagian muka bayi. Ditakuti bayi akan lemas.
  • Siraman yang terakhir adalah di bahagian dada membawa ke bawah iaitu kaki.
  • Setelah selesai mandi, cepat-cepat lapkan dengan tuala. Tutup kesemua tubuh bayi anda dengan tuala agar bayi anda tidak kesejukan.
Haaa.. Mudah kan? Jom sama-sama kita mandikan anak kita. Seronok tau mandikan anak ni. Bagi yang belom berkahwin tu, pinjam-pinjam la anak sedara ke, anak jiran ke, anak sesiapa la untuk practice mandik an bayi. Tapi hati-hati, kang pape berlaku kesian nak orang. Huhuhuhu.

Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:



You may also like

28 ulasan:

  1. ada tips jugak nak mandikan budak kecik ni rupanya. hahaha. ingatkan boleh buat sesuka hati aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap benda ad caranya. Nak kawen pun ade step die.. Hahaha.. Kena tak contoh cmtu?

      Padam
    2. hidup nih memang penuh peraturan

      Padam
    3. betul tu, ingatkan boleh mandi suka hati je...ada cara dia sebenarnya

      Padam
  2. gudjob papa...all the best...semoga ceria selalu disamping keluarga dan bisnes shaklee makin mantop..

    BalasPadam
  3. anak-anak saya semuanya ibunya yang mandikan sampai jadi kanak-akanak.Ayahnya tak berani.Kalau tak yakin baiklah macam tu.Kang apa-apa hal susah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu x yakin xpe.. Tp x salah mencuba...

      Padam
  4. Berani papaglamx mandikan baby. Suami sy tak berani lagi. Dia kata takut air termsk kat telibga baby.. dah besar sikit nnt baru dia berani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. Memberani kan diri je.. Klu x cuba x tau..

      Padam
  5. bagus betul papaglamx hehe.. tapi kalau tak cuba kita tak tahu kan!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Btul tu.. Gagah kn hati jer.. :p

      Padam
    2. gagahkan hati kuatkan semangat =P

      Padam
  6. takde pengalaman langsung mandikan baby..nak try pun takde adik atau anak sedara mara yang kecik =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat la anak sndri... Hahaha

      Padam
    2. Takpe.. ade ank sendri nnt confirm trs boleh bt sndr.. klau tak sape nak mndikan nnt.

      Padam
    3. Papaglamz : anak sendiri mungkin lambat lagi, haha

      Padam
    4. Sheila Mutalib : tulah kena kena belajar dari awal, kalau anak sendiri nanti takdelah kekok sangat

      Padam
  7. hihihi.. tunggu ada anak nantii kita suami mandikan... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Papaglamz doakn smga cecepat dpt anak yer Cik Ash.. Heheje

      Padam
  8. nice sharing papaglamz :D walaupun yaya bukan ada baby pun tapi anak sedara ramai :D boleh pakai tips ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa blh la praktis2 sblm dpt sndri punya.. Kakaka

      Padam
  9. Tips yang sangat bagus untuk dikongsi buat semua yang bergelar ayah dan ibu

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, seorang ayah yang baik semoga kasih sayang akan kekal sepanjang hayat hingga ke syurga, amin. :)

    BalasPadam
  11. picture tu apa pula takde kena mengena, dah cerita pun pasai Imtiyaz dan papanya.. tapi awat Papa Imtiyaz posing mcm nak masuk calon wakil rakyat je hahahahahaha!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ade potensi ni. Jgn lpe undi saya.. Haha

      Padam
  12. Ank PG nama Imtiyaz jugak ..hehehe sama la ngan bongsu Kak Lya ...Akif Imtiyaz

    BalasPadam