Foodsglamz |#| GO'BANG MAJU PATIN TEMPOYAK ANTARA TARIKAN BANDAR TEMERLOH

/
33 Comments
Januari 24, 2015
Assalamualaikum

Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Temerloh, mesti tak sah kan kalau tak merasa penangan Ikan Patin masak tempoyak. Kat Temerloh ni siap di panggil Bandar Ikan Patin lagi. Betapa popularnya Ikan Patin kat sini. Papaglamz pun macam tu jugakz. Sejak wife mengajar kat Temerloh ni, kerap jugak la makan Ikan Patin ni. Dan macam-macam gerai Papaglamz dah singgah. Well, semua gerai masak benda yang sama je. Ikan Patin masak tempoyak. Tapi, setiap gerai tu pasti ade yang berbeza dari segi rasa walau sedikit pon.
Nak tau pilihan gerai Papaglamz dan family? Haaaa ni la dia. GO’BANG MAJU PATIN TEMPOYAK. Kenapa dalam banyak-banyak pilihan, GO’BANG MAJU menjadi pilihan? Since Papaglamz ni berlidah jawa, kuah tempoyak kat gerai ni agak pedas sikit. Then, bila makan tu tak rasa mual-mual. Yela ikan air tawar ni kekadang kalau tak kena cara memasaknya tak jadi. Dari segi rasa ok. Sebab tu la menjadi pilihan hati sanubari Papaglamz sekeluarga.

Selain tu, cara kita order pun tak la susah. Sangat sistematik. Ada kaunter untuk mengambil nasi, ada kaunter untuk mengambil Ikan Patin, ada kaunter untuk mengambil ikan bakar dan beberapa lauk sampingan. Dan yang bestnye semuanya dah tersaji di dalam mangkuk kecil-kecil. Kita pergi ke kaunter dan ambil sahaja. Kiranya kalu sampai tu, dalam masa kurang 6-8 minit kita dah start makan dah. Kecuali kalau tempat duduk taka de. Tu kena tunggu lama la. Hehehe.

Selain makanan yang sedap dan servis yang tip top, GO’BANG MAJU juga menyediakan kemudaha-kemudahan sepeti tandas dan surau. Tak payah risau kalau-kalau time makan tu nak berasa terkucil, tandas ade. Tandas pon ok. Selain tandas, bersebelahan gerai ni ade tempat untuk mencuci kereta. Sambil-sambil makan tu boleh la cuci-cuci kereta. Tapi berbayar la. Hehehe. Bagi Papaglamz memang berbaloi la makan kat sini tempatnya yang strategic dan mudah untuk di temui (tepi jalan je), memang menjadikan gerai ini sebagai gerai tumpuana orang ramai.
Nila pemandangan dari jalan. Warung tepi jalan. Mudah nak cari.

Ni masa tengahari. Ramai orang kan.

Kalau datang sini, sokmo makan yang ni jer. Sudah menjadi idaman hati gituuu.

Tandas, surau dan tempat mencuci kereta.
GO’BANG MAJU PATIN TEMPOYAK
No. 10, Kg Sungai Rabit, 28000, Temerloh, Pahang
019-9569696
Koordinat: 3.4423963,102.4263855

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:



You may also like

33 ulasan:

  1. Meriah tempatnya. Mesti ramai orang datang and of course rasa pun sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu pojie. Ade yg siap tunggu turn utk cr tmpt duduk. Klu ad masa dtg la.

      Padam
    2. kalau sedap memang ramai pelanggan mencari dan menunggu

      Padam
  2. tengok gambar pun dah terliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu xpe.. Mmg best kt sini..

      Padam
    2. sangat sangat buat orang terliur

      Padam
  3. saya ada terbaca kt blog lain pasal go'bang ini...selalu blik pahang makan tempoyak kt umah mentua masak....lain kali bolehlah cuba sini.

    BalasPadam
  4. selamat malam...hehehe...singgah sini intai tuan blog kot belum tidooo :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uihhh.. Kul 1 pagi tu.. Update GA ker? Kiki

      Padam
    2. saya singgah waktu petang hehehehe

      Padam
  5. x suka ikan patin.... xpernah makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan patin ni byk collagen tau. Blh la cube.. Hahah

      Padam
    2. xmau la nak muntah... huhuhu

      Padam
    3. ikan patin pahang memang berbeza.. tak tahu kenapa.. sedap tak macam ikan patin yang banyak jual kat Kluang nih.. cuba dulu baru tahu.. memang tak muntah punya.. rasanya sedap dan tak hanyir

      Padam
    4. hehehe.. baung pun sedap juga

      Padam
  6. pernah tengok review pasal tempat ni dekat tv. macam menarik aje :D

    BalasPadam
  7. ohh patin tempoyak pojaan hatiku!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same la kite.. tak payah lauk lain.. patin je pun da ckp..

      Padam
    2. saya kurang makan patin nih.. hanyir.. tapi sejak rasa ikan patin Pahang.. perghhhh memang sedap.. lain betul rasanya

      Padam
  8. Bile la nak sampai temerloh ni? Nak merasa patin sane...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu ikan patin pahang memang terbaik

      Padam
  9. Eh hari tu kena banjir kan? dah beroperasi balik ke? Alhamdulillah... sedap ke? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sedap.. berpindah pun akan diburu orang mencari

      Padam
  10. Kalau ramai orang mesti sedap kan ... Harga OK ker ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sedap mahal sikit takpe.. tapi jangan mahal banyak huhuhuhu

      Padam
    2. En. Azman dh jawabon.. Tq yer.. Huhu

      Padam