BERADAP DAN MENGHORMATI IBU DAN BAPA ADALAH TUNTUTAN DALAM ISLAM

/
0 Comments
April 15, 2015
Assalamualaikum

Salam selawat dipanjatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan juga kepada para sahabat serta muslimin muslimat sekalian. Ibu Dhia harap semua pembaca Papaglamz.com berada di dalam keadaan sihat walafiat. Entri kali ini bersama Ibu Dhia lagi. Ok lah, seperti yang kita sedia maklum, ibu bapa adalah insan yang paling rapat dan amat menyayangi kita. Betul tak? Lelebih lagi tanpa mereka sudah pasti kita tiada la di dunia ini. Orang kata tiada yang tua, tiadalah yang muda. Jadi, sebagai seorang anak, kita wajib beradap sopan dan mengasihi mereka terutamanya jika mereka sudah kurang upayanya. Memang sangat sangaaat memerlukan perhatian dari anak-anaknya.

Tapi kan. Korang perasan tak? Sekarang ni ramai je anak-anak yang sudah kurang rasa hormat kepada kedua orang tuanya. Mereka kerap kali bercakap dengan nada yang tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul orang tuanya kerana tidak sependapat dengan mereka. Dan lebih menakutkan lagi, ada yang menyaman ibu bapa mereka sekiranya menyentuh hal-hal peribadi. Sedih kan.

Firman Allah Maksudnya,

"Dan kami memerintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya, Ibunya telah mengandungkanya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama 2 tahun. Bersyukurlah pada ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada aku kembali mu" (Luqman, 31:13)

Haa kan. Menghormati ibu bapa itu merupakan perintah yang wajib. Siap ade mention lagi dalam quran. Kita sebagai hambanya wajib mematuhi perintahnya.

"Bukanlah dari golongan kamu, bagi sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami. Dan tidak pula menghormati anak kecil kami" (Riwayat Tabrani)

Anak-anak Ibu semua, nak ke terkeluar dari golongan Nabi Muhammad S.A.W? Mintak dijauhkan la. Sebenarnya banyak lagi dalil-dalil yang mewajibkan seorang anak itu menghormati kedua orang tuanya.

Anak-anak Ibu sekalian, menghormati dan berbakti kepada Ibu Bapa merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama. Ia merupakan ibadah yang utama. Pernah satu peristiwa di zaman Rasulullah diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim:

“Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada baginda; apakah perbuatan yang disukai Allah? Baginda menjawab, sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? Ibu Umar bertanya lagi. Baginda menjawab, berbakti pada kedua orang tua mu. Kemudian apa lagi? Ibnu Umar bertanya lagi. Baginda pun menjawab, jihad pada jalan Allah”

Dalam hadis lain, Baginda juga bersabda:

“Bagi anak-anak yang telah kewafatan Ibu Bapa, mereka tetap mempunyai tanggunjawab yang harus mereka laksanakan untuk Ibu Bapa mereka. Antaranya ialah berdoa, beristighfar untuk keduanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan, dan menyambung ikatan yang tidak sempat dijalinkan oleh keduanya” (Abu Daud dan Ibnu Majjah)
Jadi, anak-anak Ibu sekalian, marilah kita bersama melahirkan rasa hormat dan saling kasih mengasihi terhadap kedua orang tua kita. Perlu diingat, syurga itu di bawah tapak kaki Ibu. Redha Allah itu datangnya dari redha kedua Ibu Bapa kita. Ibu doakan semoga keharmonian dalam keluarga akan membawa kesejahteraan ummat sejagat. Insyallah.

With Love
Ibu Dhia


-sekian-


You may also like

Tiada ulasan: