Bukan Cinta Sandiwara

/
0 Comments
Jun 06, 2015
Assalamualaikum

Tetiba memalam ni terkeluar idea. Korang hadap la yer..

Menelusuri kerangka masa silam,
Aku terpana dengan kisah cinta ku,
Yang aku tidak sedari,
Yang aku harungi hingga waktu ini,

Ah..

Cinta..

Sungguh mudah melafas cinta,

I Love You
Aku Cinta Padamu
Aku Sayang Padamu
Aku Sayang Kamu

Namun,

Tahukan kita akan kisah di sebalik cinta?
Tahukan kita akan beban kerana cinta?
Apakah maksud sebenar cinta?
Siapa pula yang berhak merasa rasa cinta dari kita?

Yang pasti,
Cinta bukan hanya pada lafaznya,
Cinta itu wujud pada praktikalnya,
Perhalusi tanggunjawab sebagai pencinta,
Cintailah pencipta rasa cinta,
Dengan sepenuh hati.
Dengan mentaati seluruh kata arahannya,

Ya,
Cinta itu satu tanggungjawab,
Yang harus kita lunaskan,
Yang bukan hanya,
Sekadar bait-bait SANDIWARA,
Cintailah Allah sepenuh hati.

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

Tiada ulasan:

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.