Wanita Itu Dia Isteri Luar Biasa

/
19 Comments
Jun 03, 2015

Dia Isteri Luar Biasa

Some+One+That+Make+You+Happy


Oh wanita itu,
Yang tidak aku kenali,
Tiba-tiba menerjah kembali,
Dalam ruang kotak fikiranku.

Ternyata,
Bait-bait kata dari mak,
Mula meneroboh kembali,
Dalam ingatan ku.

Oh… Jodoh..

Mak begitu teruja,
Memulakan bait cerita,
Cerita yang bukan fiksyen,
Suatu cerita realiti,
Cerita itu bakal menghentikan,
Perjalanan hidup bujangku.

Oh wanita itu,
Jodoh pilihan mak,
Sungguh luar biasa,
Ruang lingkup mana yang mak suka?
Sisi kebaikan apakah yang mak perhatikan?
Aku mencari…… Jawapan……

Tapi....

Aku redha... Aku pasti...
Kata-kata mak pasti betul,
Setiap apa yang berlaku,
Pasti ada hikmah di sebaliknya,
Keyakinan mak pada wanita itu,
Menjadi penguat bagi ku,
Untuk aku terus menerima,
Seadanya…
Tanpa soal bicara…

Kini…

Dia isteriku,
Dan juga Ibu kepada puteri sulungku,
Ku sayang padanya,
Cinta yang beputik,
Kian mekar bersama wangian indah,
Menyeri indah kehidupan kami.

Dialah Isteriku
Semakin aku kenali,
Semakin nyata keluarbiasaannya,
Aku bersyukur dikurniakan
ISTERI LUAR BIASA
Sepertinya.

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

19 ulasan:

  1. Alhamdulilah , semoga jodoh kalian sampai ke syurga. Aminnn !

    p/s : suka tgk wife papaglamz , muslimah ^^

    BalasPadam
  2. Tahniah...jodoh pilihan mak memang berkat kan PapaG...semoga kalian bahagia hingga akhir hayat...

    BalasPadam
  3. Amboi jiwangnya papa... Bertuah isteri luar biasa itu... Bertuah papa punya isteri luar biasa itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa bertuah ler.. lgi bertuah laki die ni.. muahaaha

      Padam
  4. bahagia tengok, semoga terus kekal shingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  5. syahdunya luahan papaG.. semoga jodoh papaG dan wife kekal di dunia hingga ke jannah...

    BalasPadam
  6. syukur alhamdulillah, jaga dia baik-baik

    BalasPadam
  7. Waduh waduh papaglamz pandai bermain bait bait puisi indah. Terbaik papaglamz.

    BalasPadam
  8. Dia isteri luar biasa. Template baru ini pun nampak cantik dari biasa

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, semoga berbahagia hingga syurga, Aminn.

    BalasPadam
  10. semoga bahagia hingga ke syurga

    BalasPadam
  11. amboiiii...!! sweet nyaaaaaaa...
    sakit gigi lahh... sweet sangat... hahahahahaa... :)

    *isteri pilihan mak rupanya.. eheemmm..*

    BalasPadam
  12. Ceyh!!! Waduh2 papaG... madah pujangga bak hang!!! DAEBAK

    BalasPadam
  13. Terbaik. Didoakan berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

    BalasPadam