Terokai 4 Ciri-ciri Pasangan Pilihan Yang Harus Anda Cari

/
11 Comments
Ogos 20, 2015

Ciri-ciri Pasangan Idaman Hati


Assalamualaikum

Salam keceriaan dan ukhwah buat semua pembaca. Perkara nikah, cerai dan ruju’ merupakan perkara yang sangat serius. Syariat islam itu sendiri amat menitik beratkan hal-hal ini kerana ia melibatkan nasab keturunan. Jika permulaan nasab keturunan itu bermula dengan elok, insyallah akan menghasilkan sebuah keluarga yang elok dan sebaliknya. Oleh sebab ini, seorang muslim amat diperitahkan untuk berhati-hati dan teliti dalam memilih pasangan hidup. Sekiranya ciri-ciri pasangan pilihan yang harus kita cari tidak diikuti, amat sayang. Ditakuti hal-hal yang tidak diingini akan berlaku di hari kemudian. Nauzubillah.
Ciri-ciri Pasangan Idaman Hati

Dalam syariat islam itu sendiri telah diajar tatacara dalam pemilihan pasangan. Terdapat 4 ciri utama yang diberi pada kita untuk memilih pasangan hidup. Antaranya:

1. Taat Kepada Allah 

Ya, ini adalah ciri yang utama. Jika anda seorang yang beriman, pastinya anda wajib mencari pasangan yang beriman dan taat pada perintah serta larangan Allah. Rasulullah juga menggalakkan memilih pasangan yang baik agamanya. Dalam hadis baginda ada menyebut:
“Wanita biasanya dinikahi kerana 4 hal iaitu hartanya, kedudukannya, paras rupanya, dan agamanya. Maka hendak kamu memilih wanita yang baik agamanya. Kalau tidak, nescaya kamu akan rugi” (HR. Bukhari-Muslim)
Jadi, pemilihan calon pasangan hidup yang memiliki kefahaman agama yang baik adalah di tuntut dalam islam.

2. Sekufu 

Sekufu bermaksud setanding. Mungkin terdapat beberapa perkara yang harus dipandang bila bercakap tentang sekufu sebagai contoh sekufu dari segi agama. Ini penting kerana sekiranya seseorang kuat agamanya berkahwin dengan seorang yang fasik, di khuatiri ia akan terarah kepada kefasikan. Namun, sekiranya seorang lelaki yang ingin mengahwini wanita fasik dengan niat untuk memperbetulkan wanita itu, ia sangat diharuskan.

3. Elok di pandang 

Ya betul tu, kita harus memilih pasangan yang elok dipandang. Sebab itu dalam islam sendiri digalakkan untuk mengadakan sesi suai kenal (ta’aruf). Kalau orang-orang melayu kata merisik. Ini bagi membolehkan kita membuat pertimbangan terhadap pemilihan pasangan yang bakal menjadi teman hidup kita sehidup semati.

4. Subur 

Hikmah perkahwinan itu sendiri ialah untuk mengembangkan zuriat keturunan demi mengekalkan kemuliaan agama. Semoga dengan pemilihan insan-insan yang baik bakal melahirkan generasi yang baik akan datang. Insyallah.

Begitulah 4 ciri-ciri pemilihan pasangan yang telah digariskan dalam Islam. Sekiranya 4 ciri ini terdapat dalam sesorang, sudah pasti ciri-ciri positif yang lain pasti anda akan temui dalam dirinya. Selamat memilih. Jangan pula terlalu memilih. Pasangkan niat yang baik dalam mencari cinta hati anda. Semoga Allah membantu anda menerangi jalan-jalan mencari cinta. Insyallah. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

11 ulasan:

  1. Betul tu PapaG ..semua ciri2 diatas adalah perlu

    BalasPadam
  2. kalau tak subur, tak boleh lah yer?..

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian semua ni.. InshaAllah semoga pilihan ena kali ini betul2 orgnya

    BalasPadam
  4. Dah jumpa tapi tak kesampaian nak bersama sebab Allah lebih sayang dia. Moga Allah bagi yang lebih baik lepas ni

    BalasPadam
  5. betul tu papa G.. memang dulu yoorin belajar munakahat ciri2 isteri lebih penting dari ciri2 suami.. huhu..geram jugak ..tp tu laa yg disarankan dalam islam.. sebab tu bila dah jadi mak bapak. didik la anak2 terutamanya yang perempuan.. sebab tu ada periobahasa jaga anak perempuan lebih susah jaga anak lembu sekandang.

    BalasPadam
  6. good sharing..semua ni mmg tepat..tpi ada org yg tak fhm..

    BalasPadam
  7. Subur ye Papa? Hurm. Acaner nak tahu tu?

    BalasPadam
  8. macam mana nk tahu dia subur ke x???

    BalasPadam