Luang Masa Melakukan Aktiviti Bersama Anak

/
1 Comments
Assalamualaikum semua. Meluangkan masa bersama keluarga merupakan salah satu rutin yang sangat menggembirakan. Apa tidaknya kita boleh melakukan aktiviti bersama anak-anak dan isteri di rumah ataupun di luar rumah. Dengan melakukan aktiviti bersama keluarga dan anak-anak ia sudah pasti dapat membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita.

Aktiviti bersama anak yang menyeronokkan

Ok la, dalam entri kali ni PapaG ingin kongsikan pada anda semua antara aktiviti-aktiviti yang pernah PapaG lakukan bersama anak PapaG tu. Sebenarnya, kami berdua mempunyai masa yang agak terbatas untuk melakukan aktiviti bersama. Almaklumlah, PapaG ni weekend husband kan berjumpa pada hujung minggu saje la atas desakan kerjaya. Sebab tu la waktu yang ada di hujung minggu akan PapaG gunakan sepenuhnya untuk melakukan aktiviti bersama anak dan juga isteri. Hehehe. Dan sebab tu juga la setiap benda yang kami lakukan, PapaG akan snap picture. Sebagai kenang-kenangan.

Aktiviti-menarik-bersama-anak
Main buai. Suka sangat dia.

Aktiviti-menarik-bersama-anak
Macam takde tempat lain nak tido.

Main bowling bersama. Walaupun ayah dengan ibu je yang main. Jadi la.

Si kecik tu hilang dalam gambar ni. Sebok dia pun nak main jugak.

Anak perempuan macam ni la. Solek menyolek itu kesukaan dia.

Anak-anak ni memang kadang-kadang lasak kan? Sebab tu la mereka memang terkenal sebagai golongan yang aktif dan cergas. Ada sahaja yang ingin mereka lakukan walaupun sekadar duduk di dalam rumah. Kreativiti dalam mencipta aktiviti memang patut diberikan galakan dan rangsangan kerana ia membantu perkembangan minda mereka yang cerdas.

Sampai satu tahap tu kadang kita yang tak tahan dengan keletah diorang. Sebagai ibu bapa kena support dan perhatikan segala aktiviti diorang. Cuma mana yang over tu kita kena la halang juga kan? Jangan melampau batas sudah la. Tak hairanlah mengapa kanak-kanak berusia 3-6 tahun suka aktiviti berlari, melompat, memanjat and berguling berbanding duduk sahaja. Aktiviti-aktiviti ini untuk merangsang minda mereka juga.

So korang apa pulak aktiviti yang korang suka lakukan bersama anak-anak korang? Ingat masa kecik-kecik ni la masa yang sangat baik untuk meluangkan masa dengan anak. Ada orang cakap anak membesar dengan sangat cepat. Nanti kalau anak-anak dah besar, tak sempat dah kot. Masing-masing dah sebok hal masing-masing. Ok la sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

1 ulasan:

  1. Pcl anak2 dah besar, so agak terbatas utk menulis dan bercerita hal diorang, kadang2 bila perlu.. seseksli bergambar kenangan. Itu yg terbaik buat masa skrg. Teruskan papa jadi kawan kpd anak2 ibstaAllah akan disenangi dan dikasihi

    BalasPadam