PENGUASAAN MUTLAK JDT | HAT-TRICK JUARA Liga Super Malaysia

/
0 Comments
Assalamualaikum semua. Tahniah buat pasukan bolasepak Johor Darul Takzim kerana memenangi kejuaraan Piala Liga Super Malaysia buat kali ketiga berturut-turut. Hal ini merupakan satu sejarah baru di Malaysia di mana JDT merupakan pasukan pertama di Malaysia yang memenangi kejuaraan sebanyak 3 kali berturut semenjak liga ini diperkenalkan. Tahniah sekali lagi PapaG ucapkan buat JDT.


24 Sept 2016 sudah pasti akan menjadi tarikh penuh bersejarah buat pasukan JDT dan juga buat peminat-peminat bola sepak Johor khasnya dan Malaysia amnya. Dengan kemenangan besar menentang T-Team aggregate 5-1 menunjukkan betapa keghairahan dan penguasaan MUTLAK pasukan Harimau Selatan ini untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam liga ini walaupun kita tahu jika JDT kalah sekalipun, kejuaraan liga ini tetap menjadi milik pasukan JDT. Beruntung la siapa yang dapat tengok live perlawanan ni. Dan lagi beruntung kalau yang dapat masuk stadium. Dianggarkan dekat 30 ribu penonton membanjiri Stadium Larkin pada malam tu. PapaG duk senyap je la dekat office. Almaklum la kena kerja pulak. Kerja shift memang macam ni. Weekend pun kalau dah kena jadualnya untuk kerja, kena kerja juga.

PapaG mampu melihat gambar-gambar yang di post di laman facebook rasmi Johor Southern Tiger jela. Meriah nampak. Dengan upacara penyampaian piala dan juga perarakan piala liga oleh team JDT dari stadium Larkin ke dataran MBJB sangat-sangat menerujakan. Nasib la PapaG ni duduk Pahang, kalau tak rasa dah join jugak kot. Yela geng-geng kat Johor tu ramai. Selain abang sendiri, kawan-kawan lain pun ada juga. 

So sekali lagi PapaG ucapkan tahniah buat team JDT kerana berjaya mengekalkan kejuaraan sebagai pemenang Liga Super Malaysia untuk kali ke tiga tahun ini. Insyallah tahun depan menang lagi yer. Dan semoga berjaya untuk separuh akhir pertama piala AFC pada 28 Sept 2016 nanti. Perlawanan yang bakal menyaksikan JDT sekali lagi menentang Bangaluru sudah pasti akan menjanjikan sesuatu yang menarik. Nasib baik 28 Sept tu PapaG kerja siang. Boleh la tengok live malam tu. Alhamdulillah. Ok la, sampai di sini sahaja. Salam sayang dari PapaG. 

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

Tiada ulasan: