Ancasa Royale Pekan, Pahang Ceriakan Anak-anak Kurang Bernasib Baik

/
0 Comments
Mei 20, 2018
Pekan, 19 Mei - Majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada 50 anak-anak asnaf dari Sekolah Kebangsaan Sri Maulana telah berlangsung dalam suasana meriah serta penuh keinsafan pada hari ini.

http://www.papaglamz.com/2018/05/ancasa-royale-pekan-pahang-ceriakan-anak-anak-kurang-bernasib-baik.html

Majlis yang diadakan di Saffron Brasseria Ancasa Royale Pekan, Pahang bertujuan untuk mengeratkan ukhwah yang sedia terjalin diantara penduduk setempat daerah Pekan, Pahang. Disamping itu, ianya juga salah satu cara untuk mendeati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. Warga kerja Ancasa Royale Pekan, Pahang berganding bahu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 500 orang penduduk daerah sekitar Pekan serta pelanggan setia yang sentiasa menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan sehingga ke hari ini.


Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA, TBhg Datuj Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan serta Pengurus Kanan Ancasa Hotel telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya  kepada 50 orang anak yatim. Pada masa yang sama juga, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan puasa.


Menurut Encik Shah, "Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita disamping mempererat kemesraan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat,' ujar beliau.





Usai sahaja azan maghrib, tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan 'Kampung Boy' yang pastinya akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda. Kepada mereka yang ingin merasai masakan persisi air tangan ibu, anda boleh mendapatkan baucar Ramadhan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Untuk membuat tempahan, boleh hubungi talian 09-424 6600 untuk mendapatkan kadar yang terbaik.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

Tiada ulasan:

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.