Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

7.9.19

RESEPI KUIH TALAM GULA MERAH

Assalamualikum semua. Sekarang ni kalau ada majlis pape kuih talam adalah antara side dish yang terbaik. Jom cuba resepi kuih talam gula merah yang mudah ni.

Jom tonton : Best and Easy Creamy Butter Chicken Recipe


Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:
1 cawan gula* | (*) masak dan sejukkan 
1/2 cawan gula pasir*
5 cawan air*
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara:

1.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2.Gaulkan adunan dan tapiskan.
3.Tuangkan dalam loyang dan kukusan selama 20 minit.
4.Bila dah masak cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.

Lapisan atas:

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara:

1.Gaul dan tapiskan.Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja.
2.Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan sikit.
3.Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
4.Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.


Kredit damai qalbu

Selamat mencubaa.

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com