17.7.20

Resepi Apam Kampung Gula Merah Sukatan Cawan Mudah | 3 Bahan Utama Sahaja

Assalamualaikum semua. Dalam video kali ini saya kongsikan buat anda semua resepi apam kampung yang mudah dengan mnggunakan 3 bahan utama sahaja. Sebenarnya apam kampung merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat melayu yang popular dan cara nak membuat apam kampung sangat-sangat lah muda.


Walaupun namanya kampung, apam kampung ini mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri tau. Jangan dipandang sebelah mata.


apam kampung,resepi apam kampung,apam kampung 3 bahan,apam 3 bahan,apam kampung mudah,apam kampung gebu,cara buat apam kampung,apam kampung resepi original,apam kampung sedap,apam kukus,apam sukatan cawan,apam gula merah,apam gula melaka,apam kampung kukus,apam kampung gula melaka,apam kampung tepung gandum,apam tepung gandum,


Lazimnya, apam kampung ini dimakan dengan parutan kelapa yang dicampur dengan garam. Tetapi baru-baru ni saya terdengar apam kampung sedap ini ada juga yang memakannya dengan mencicakan dengan sambal tumis ataupun kari ikan kering. Rasa macam menarik pulak untuk mencubanya. Insyallah dalam masa akan datang saya nak share masak lemak ikan masin pula. Jadi, bolehlah anda semua mencuba resepi apam kampung yang gebu ini dan sekali gus cuba juga resepi ikan masin masak lemak saya. Insyallah.


Jadi, jom saksikan bahan-bahan apam kampung sukatan cawan ni


1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula merah (ikut kesesuaian manis masing-masing)

1/2 paket yeast kering (mauripan)


Bahan tambahan untuk parutan kelapa


1/2 cawan parutan kelapa

1 sudu kecil garam


Cara-cara membuatnya


1. Larutkan gula merah dengan sedikit air

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit

3. Masukkan yeast

4. Biarkan adunan selama 2 jam

5. Kukus


Cara nak membuatnya secara detail boleh la tonton video di channel yotube saya ya.


Jom tonton - Resepi Apam Kampung Gula Merah Sukatan Cawan Mudah | 3 Bahan Utama Sahaja


Selamat mencuba.


With Love

Papaglamz


-sekian-


Tags,

apam kampung,resepi apam kampung,apam kampung 3 bahan,apam 3 bahan,apam kampung mudah,apam kampung gebu,cara buat apam kampung,apam kampung resepi original,apam kampung sedap,apam kukus,apam sukatan cawan,apam gula merah,apam gula melaka,apam kampung kukus,apam kampung gula melaka,apam kampung tepung gandum,apam tepung gandum,

Tiada ulasan:

Catat Komen

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com