13.1.16

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016

Assalamualaikum

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 2016 | Umpama mimpi jadi kenyataan bila mendapat peluang di panggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). PTD adalah kerjaya impian ramai. Apa tidaknya jawatan yang begitu eksklusif dengan tawaran gaji yang lumayan tentu sahaja menjadi rebutan ramai. Namun, tak semua yang memohon jawatan ini mampu mengharungi kesemua cabaran untuk mengenggengam jawatan ini.


Dengan syarat perlantikan PTD M41 yang ketat dan tinggi, jawatan ini tentu sahaja menjanjikan gaji dan imbuhan yang besar. Apa tidaknya, PTD adalah antara jawatan teritnggi dalam heararki organisai perkhidmatan awam di Malaysia. Seperti kata pepatah, “Bukan Senang Untuk Senang dan Bukan Susah Untuk Susah”. Jadi, sebelum anda layak untuk di terima menjawat jawatan ini, beberapa siri temuduga harus anda lalui. Antaranya ialah peperiksaan secara atas talian.

Ramai yang tahu peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 merupakan peringkat pertama ujian saringan untuk memauski peringkat seterusnya. Ternyata RAMAI YANG GAGAL dalam ujian peperiksaan PTD online ini. Untuk tahun 2016, peperiksaan akan dijalankan secara atas talian pada 19 January 2016. Ramai kawan-kawan yang mendapat tawaran untuk menduduki peperiksaan ini. Good luck PapaG ucapkan pada rakan-rakan yang terpilih. Buat dengan baik.

JADI…!!!!!!

Jika anda dipanggil ke sesi exam PTD 19 Januari ini, berikan senyuman 
untuk diri anda! Bukan sesuatu yang mudah kerana puluhan ribu yang memohon melalui borang SPA8i ditolak dan diketepikan.

Jadi sekarang dah ada peluang, manfaatkan sebaik mungkin. Buat persediaan semaksimum mungkin.

Jika anda perlukan rujukan, PapaG tak mahu cadangkan rujukan lain selain rujukan yang telah terbukti membantu lebih 12,000 calon PTD sebelum ini.

Anda boleh dapatkannya di;


Gunakan sepenuhnya. Biarkan senyuman di wajah ibu ayah apabila anda berjaya nanti :)

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com