Marhaban Ya Ramadhan 2016

/
3 Comments
Jun 01, 2016
Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik Ramadhan tahun 2016 bakal menjelang. Rasa macam baru je kita menyambut puasa pada tahun lepas kan. Jadi nak wish in advance untuk korang semua Marhaban Ya Ramadhan 2016 pada tahun ini. PapaG harap ramadhan 2016 kali ini bakal menjadi medan terbaik untuk kita menyucikan diri dan melatih diri kita untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Insyallah. Terima kasih juga yang telah memberi ucapan marhaban ya ramadhan pada PapaG dari anda semua. 

http://www.papaglamz.com/2016/06/marhaban-ya-ramadhan-2016.html

Marhaban ya ramadhan bulan untuk menyuci diri

Hakikat sebuah puasa ialah menahan diri. Bukan hanya menahan diri dari makan dan minum disiang hari. Tapi bagi PapaG ternyata menahan itu bukan hanya secara fizikal malahan rohani. Apa tidaknya, sepanjang bulan ini, kita diperintahkan untuk menahan. Bukan sembarang menahan makan dan minum semata, tetapi juga menahan segala perbuatan yang mengutamakan syahwat. Menahan diri dari melakukan sebarang perbuatan yang mengutamakan syahwat inilah yang mampu mnyucikan diri kita. Insyallah.

Beruntungkan bagi mereka yang masih lagi berkesempatan bertemu dengan bulan yang mulia ini. Allah masih lagi memeri peluang pada kita untuk membersih diri, menyucikan jiwa dan roh dari segala kotoran-kotoran yang selama ini melekat, pada bulan yang suci ini. Jadi alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan ramadhan ini. Insyallah. Ada lagi beberapa hari lagi ni.

Jadi, apa azam korang untuk bulan ramadhan ni selain daripada puasa cukup selama sebulan? Haa sebenarnya banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita amalkan dalam bulan ramadhan ni. Tapi satu yang PapaG azam nak buat sangat-sangat untuk ramadhan kali ini iaitu nak abiskan 30 juzu' baca al-quran dalam sebulan ni. Tahun lepas tak habis pulak. Insyallah tahun ni nak abeskan. Insyallah.

Akhir sekali, PapaG ucapkan semoga korang semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini. Semoga azam-azam yang korang inginkan pada ramadhan kali ini dapat sama-sama kita penuhi insyallah. Selamat Berpuasa....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

3 ulasan:

  1. Selamat berpuasa untuk papag and family ( wish awal)

    BalasPadam
  2. Selamat berpuasa PapaG and family. Ahlan wasahlan Ya Ramadhan :)

    BalasPadam
  3. SELAMAT BERPUASA...

    JOM JOIN GIVEAWAY....

    http://macammacamcite.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    BalasPadam