2.6.16

Payung JDT Edisi Istimewa Dalam Tangan

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah payung JDT edisi istimewa dalam tangan PapaG sekarang ni. Sebenarnya sudah lama PapaG memiliki payung JDT edisi istimewa ni. Cuma tak sempat nak ceritakan didalam blog ni. Malam ni rasanya nak cerita sedikit tentang payung jenama JDT ni la. PapaG bukan beli online tapi suruh abang PapaG yang duduk di Pasir Gudang belikan. Harga tak la murah sangat tapi boleh la. Tak mahal sangat la pula. Yang sesedang saja gitu. Hehehe

http://www.papaglamz.com/2016/06/payung-jdt-edisi-istimewa-dalam-tangan.html

Produk jenama JDT

PapaG pasti tentu ramai yang mengikuti perkembangan kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim, JDT kan? Tak kira yang meminati atau yang tidak meminati kelab bola ini. PapaG ni tak la terlalu mengikuti sangat tapi sekadar layan-layan page rasmi JDT iaitu Johor Southern Tiger gitu la. Tu la yang terpandang payung jenama JDT ni. Pertama kali pandang terus jatuh cinta. Saizya yang besar dan warna yang agak exclusive begitu menarik hati PapaG untuk membelinya. 

Selain payung, macam-macam lagi pihak JDT jual. Contohnya Mug bercop logo JDT, gelang tangan JDT, power bank, mafla, jersi JDT dan macam-macam lagi. Sudah tentu penjualan produk-produk ini merupakan salah satu sumber menambah dana kelab ini. Syabas PapaG ucapkan. Buat masa ni PapaG sudah memiliki payung JDT dan juga jersi yang berwarna biru. Tengah aim nak beli mug pula. Insyallah. Tengah kumpul-kumpul duit. Boleh la posng-posing kat office nanti. Hehehe.

http://www.papaglamz.com/2016/06/payung-jdt-edisi-istimewa-dalam-tangan.html

Haaa macam-macam lagi korang boleh tengok di page rasmi JDT di facebook. Kalau nak cuci-cuci mata boleh la cari yer.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. terbaik lah payung tu. mesti sayang nak guna kan..koleksi edisi terhad..

    BalasPadam
  2. Amboi JDT ni macam macam ada. Payung lah, kopi lah lepas ni apa lagi. Heehe

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com