Jom Cuba Kek Coklat Mudah dan Sedap Handmade Deep From My Heart

/
5 Comments
Assalamualaikum semua. Siapa tak suka dengan kek coklat kan? Banyak resepi kek coklat berbagai versi yang ada di internet. Baru-baru ni PapaG ada beli oven dan juga mixture baru. Jadi teringin la nak buat kek. Untuk permulaan ni nak try la resepi kek coklat yang mudah-mudah je. Nak try skill memasak kek ni ade ke tak kan. Dalam entri kali ini PapaG nak kngsikan resepi kek coklat yang PapaG buat. Resepi asal PapaG google jugak yer. Jom Cuba Kek Coklat Mudah dan Sedap Handmade Deep From My Heart.

resepi kek coklat mudah, resepi kek coklat moist kukus, resepi kek coklat moist kukus sukatan cawan, kek coklat bakar sukatan cawan, resepi kek coklat bakar, resepi kek coklat kukus lembut, kek coklat kukus tanpa telur, resepi kek coklat cheese, gambar kek coklat, chocolate cake picture,

Untuk kek coklat ni, ada versi kukus dan ada juga versi bakar. PapaG kongsikan resepi kek coklat versi bakar menggunakan oven.

resepi kek coklat mudah, resepi kek coklat moist kukus, resepi kek coklat moist kukus sukatan cawan, kek coklat bakar sukatan cawan, resepi kek coklat bakar, resepi kek coklat kukus lembut, kek coklat kukus tanpa telur, resepi kek coklat cheese, gambar kek coklat, chocolate cake picture,

Bahan-bahan untuk kek

  • 2 Cawan tepung gandum / tepung kek
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak / butter
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu teh coklat emulco (Perasa coklat)
  • 3 biji telur gred A

Bahan-bahan topping

  • 1/3 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan air suam
Cara membuat
  • Ayakkan tepung gandum, serbuk bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.
  • Putar gula castor dan telur. Kemudian masukkan minyak atau butter. Kemudian masukkan telur, coklat emulco, susu cair dan air suam. Putar sehingga semua bahan sebati.
  • Campurkan bahan yang telah diayak ke dalam campuran yang di putar tadi sedikit demi sedikit.
  • Putar hingga tepung dan semua bahan sebati dengan sempurna.
  • Panaskan oven 180 degree celcius.
  • Masukkan adunan kek kedalam loyang.
  • Masak selama 40 minit
  • Untuk topping, campurkan cucu pekat, serbuk koko, butter dan air dalam periuk kecil. Panaskan atas api sambil kacau sehingga bahan tadi mendidih.
  • Setelah kek masak dan sejuk. Tuangkan bahan topping diatas kek. 
  • Untuk hiasan boleh la letakkan coklat chip ataupun coklat rice.
  • Sedia untuk di makan.
Mudah kan? Kalau buat betul-betul 2 jam je dah siap. Harap resepi ini membantu korang semua. Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-





You may also like

5 ulasan:

  1. wah... sedapnya, akak pun dah lama tak buat kek coklat... slu duk buat kukus jer sbb xde oven... hehe... rajinnya papaG buat kek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar kak. Biasa mmg kukus. Saje dh beli oven ni. Nk guna la jugak oven tu. Biar x berhabuk.

      Padam
  2. aina selalu buat kek coklat kukus je atas dapur. xpernah guna oven.

    BalasPadam
  3. Kalau wife saya tahu ni .. mau terus dibuatnya ni..

    BalasPadam