Peserta Bertuah Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Peserta Bertuah Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah segemen Dikir Zikir Bersama Papaglamz dah tamat. Ada 37 orang peserta yang join (Klik Sini) segmen ni. Terima kasih semua. Dan dengan ini semua peserta bakal mendapat 5 keping sampul duit raya exclusive dari aku. 


With Love
Papaglamz

-sekian-
Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

TAMAT

Assalamualaikum semua. Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


3. FOLLOW BLOG Papaglamz.com

4. Buat satu entri yang bertajuk: "Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz"

5. Copy paste coding kat bawah ni:



6. Lepas dah copy and paste coding then dah touchup bagi cantik, publish entri korang dan share link korang diruang komen entri segmen (Klik Disini)

Mudah je kan? Selamat bersegmen. 

10 Peserta BERTUAH bakal mendapat Sampul Duit Raya EXCLUSIVE by PAPAGLAMZ beserta HADIAH MISTERI dari Papaglamz.com.


Segmen berlangsung bermula 27 May 2015 hingga 10 Jun 2017

Jom jom jom cepat join.....!!!!!
With Love
Papaglamz

-sekian-
Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan

Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan

Assalamualaikum semua. Pejam celik dah 13 hari kita berpuasa (semasa entri ini ditulis). Raya nak dekat dah kan? Saja nak kongsi kat korang semua antara Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan aku masa raya. Korang mesti ada biskut raya yang korang suka kan? Untuk aku, ada la beberapa jenis biskut dan kuih raya yang aku betul-betul minat nak makan. Memang tertunggu-tunggu masa raya aku nak makan.

Biskut Raya dan Kuih Muih Pilihan Biskut Semperit

Biskut semperit

Antara kuih yang aku suka ialah semperit. Sebelum ni aku ada kongsikan dalam blog aku resepi semperit untuk korang cuba. Kalau makan biskut semperit yang gebu tu ya allah tuhan je yang tahu nikmatnya. Rasanya yang manis-manis lemak memang membuat aku termimpi-mimpi sepanjang tahun. Gituuuuu. Hehehe. Biskut semperit ni banyak versi. Ada yang versi panjang-panjang dan ada juga versi berbentuk bunga. Warna pun macam-macam tau. Merah de. Hijau ada. Dan terbaru warna warni pun ada. Tak kisah la apa versi sekalipun, asal rasa semperit tu ade, memang aku akan mengadap je la.

Tart gulung

Selain semperit, aku suka kuih tart gulung. Aku rasa tart adalah antara kuih raya yang evergreen. Dari dulu sampai sekarang, kuih tart memang akan menjadi rebutan setiap orang di hari lebaran. Tart juga banyak versi bentuk dan rasa. Ada yang bentuk bunga, gulung dan macam-macam lagi. Kalau dulu kita disajikan dengan tart nenas sahaja, kini macam-macam ada. Ada yang menggunakan jem strawberry la. Blueberry la. Macam-macam la. Tapi untuk aku. Tart nenas juga menjadi pilihan.

Bangkit cheese

Selain tart dan semperit, satu lagi kuih raya yang aku suka ialah kuih bangkit cheese. Bangkit cheese macam kuih zaman moden la. Kalau dulu kita cuma ada kuih bangkit sahaja. Setelah ada inivasi-inovasi merentasi zaman, muncul la resepi kuih raya alaf baru hasil gabungan dengan resepi lama menjadi yang baru. Macam kuih bangkit cheese ni la. kalau pergi beraya rumah orang terpandang kuih ni, memang tak pandang kuih lain la.

Kalau dulu mak-mak kita rajin buat sendiri kuih raya diorangkan? Sekarang orang dah malas dah. Macam aku harap je ada resepi kuih muih raya yang aku share kat blog ni. Tapi tak semua yang aku rajin nak buat. Kita main tunjuk-tunjuk je la. Tapi ingat jangan sakan main tunjuk-tunjuk sampai terlebih tunjuk sampai la membazir. Bersederhana itu lebih baik kan.

Ok la, tu je aku nak kongsi tentang biskut raya pilihan aku. Korang pulak macam mana?

With Love
Papaglamz

-sekian-
Be Smart | Shopping Secara Online di Shopback.my Sambil Dapatkan Pulangan Wang Anda

Be Smart | Shopping Secara Online di Shopback.my Sambil Dapatkan Pulangan Wang Anda

Assalamualaikum semua. Trend online shopping merupakan satu trend yang amat popular sekarang ni. Aku percaya semua readers blog aku majoritinya pernah walaupun sekali membeli-belah secara online. Sekarang ni macam-macam laman web yang kita boleh gunakan untuk membeli-belah secara atas talian. Namun, sebagai pengguna, kita haruslah bijak dalam memilih laman yang benar-benar sesuai untuk kita membuat belian secara online. 

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Shopback.my menawarkan cashback kepada setiap pembelinya

Dalam banyak-banyak laman shoping online, baru-baru ni aku terbaca tentang Shopback.my dari google. Shopback.my ni boleh aku katakan seperti shopping mall online yang mengumpulkan banyak vendor yang menjual barang-barang yang meliputi household item sampai la nak booking tiket untuk bercuti atau travel pun boleh tau. Sangat-sangat memudahkan. Korang just pergi ke laman Shopback.my dan dari situ korang pilih la mana-mana kedai, jenama, servis atau barangan yang korang nak, then beli la dari situ. Lagi best, kalau membeli melalui Shopback.my ni korang akan dapar ganjaran cashback korang tau. Barang dapat, cashback pun dapat. Sangat menjimatkan. Betul tak?

Selain menjimatkan, buat korang yang suka melancong, korang boleh book hotel dan tiket kapal terbang korang dengan Expedia melalui Shopback.my dengan mudah dan selamat kan? Boleh la travel pusing satu Malaysia kan? Selain booking hotel, untuk korang yang hendak shopping, korang mesti tengok-tengok laman tripsle melalui shopback Malaysia. Sudah pasti macam-macam discount dan offer yang tripsle buat sekarang ni. Lagi-lagi nak raya ni kan.

Cara Mudah Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Langkah 1: Pilih laman peniaga di Shopback yang anda berkenan. Jangan lupa untuk mendaftar dahulu di shopback.

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Langkah 2: Anda akan dibawa (redirected) ke laman web peniaga (merchants).
Contoh peniaga - Expedia, Tripsle, Lazada Malaysia dan macam-macam lagi.

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Bila dah pilih store mana yang anda suka, klik "Shop Now" untuk pergi ke official laman web store tersebut. Di sana, just shopping online dan urus jual beli seperti biasa.

Langkah 3: Earn cashback

Setelah pembayaran telah dibuat di laman web peniaga, cashback (rebat tunai) akan dimasukkan ke dalam akaun Shopback anda secara automatik dalam masa beberapa hari.

Setelah ditebus, wang tunai di akaun Shopback boleh di-cash out via transfer ke akaun bank anda.

Mudah dan menarik kan? Jika kurang jelas penerangan di atas, boleh refer to tutorial video cara online shopping di Shopback di bawah ini:




More info:


With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com