17.7.17

Maps atau Peta dan Daerah-daerah Di Negeri Johor

Assalamualaikum semua. Kalau pernah aku kongsikan tentang Perkara menarik di Negeri Johor. Kali ni aku nak kongsikan pada korang semua tentang Maps atau Peta dan Daerah-daerah yang ada di Negeri Johor. Sebelum itu, untuk pengatahuan semua la kan, Negeri Johor ni merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak betul-betul di selatan Semenanjung Malaysia dan berdekatan dengan Singapura. Negeri Johor bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Haa aku selalu melalui sempadan Johor dan Pahang. Almaklumla, kampung di Johor tapi kerja di Kuantan Pahang. Peta di bawah ni contoh yang aku ambil dari google maps untuk peta Negeri Johor.

Maps of Johor, Peta Negeri Johor, Districts of Johor, Daerah-daerah di Negeri Johor,

Nampak kan Johor betul-betul hujung Semenanjung Malaysia. Sebab tu di Johor ni banyak juga pantai-pantai tempat peranginan. Lebih-lebih lagi di bahagian Johor Timur menghala ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Menurut portal Johor.gov.my, Negeri Johor juga mempunyai Ibu negeri tersendiri iaitu Johor Bahru atau lebih dikenali dengan JB. JB merupakan sebuah bandaraya di selatan negeri ini. Kalau korang nak tahu JB ni merupakan bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Patut la kat JB tu crowded jugak ye.

Setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang negeri johor dan dah tengok peta Jom aku kongsikan dengan korang semua nama-nama daerah yang terdapat di negeri ini. Di Johor terdapat 10 buah daerah. Setiap daerah mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antara daerahnya ialah seperti di bawah:

Maps of Johor, Peta Negeri Johor, Districts of Johor, Daerah-daerah di Negeri Johor,



Johor terbahagi kepada 10 daerah antaranya ialah :

  1. Daerah Johor Bahru
  2. Daerah Kulaijaya
  3. Daerah Pontian
  4. Daerah Kota Tinggi
  5. Daerah Kluang
  6. Daerah Segamat
  7. Daerah Muar 
  8. Daerah Batu Pahat
  9. Daerah Mersing
  10. Daerah Ledang

Dalam kesepuluh daerah-daerah ni, semuanya aku pernah jejakkan kaki. Samada sekadar melalui jalan ataupun menetap sehari dua. Tapi daerah tempat tumpah darah tercinta aku ialah Batu Pahat atau lebih glamour dengan panggilan BP la. Kalau gulu orang-orang BP sangat popular dengan Summit Parade. Summit ni macam shopping mall la. Ada wayang dan macam-macam lagi. Sekarang macam-macam shopping dah ada contohnya BP mall, Carefour, dan macam-macam lagi seiring pembangunan di daerah ini. 

Unversity pun dah ada di Batu Pahat. Siapa tak tau UTHM kan? Univerity Tun Hussin Onn. UTHM ni kebanyakannya banyak bidang kejuruteraan. Sebelum ni kolej tapi dah naik taraf. Dengan kampung aku dekat je. Dalam 40 minit gitu la. Tapi aku tak berpeluang study di sini. Rezeki aku menjadi anak didik UiTM. 

Haa ok la, sebelum aku merapu yang bukan-bukan dan lari dari tajuk asal entri, baik aku stop di sini. Harapnya info tentang peta dan daerah-daerah di Negeri Johor ini berguna untuk semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. kampung mya dekat batu pahat juga. daerah lain pun mya pernah pergi..

    http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com