Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!
Farewell and Good Luck Eddy

Farewell and Good Luck Eddy

Assalamualaikum semua. Eddy, the best superior I ever had. Eddy Chan last day bersama kitorang di Aroma Laboratory BASF PETRONAS, Kuantan. Sedih jugak la nak kena tinggal. Tapi nak buat macam mana. Live must goon katanya. Keep in touch bos. Good luck di tempat baru.





Jangan pernah lupakan kenangan manis yang selama ini kita ciptakan, walapun sekarang ini kita berpisah dan tidak akan pernah lagi terjadi hal hal luar biasa yang akan kita ciptakan. Kalau ad keje kosong hallo2 la ye. Gigih dah puji kat atas tu. Hihihihi

With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Sup Ayam Mudah Je Nak Buat

Resepi Sup Ayam Mudah Je Nak Buat

Assalamualaikum semua. Menu berkuah macam sup memang sesuai untuk kita yang tak berapa sihat kan. Herba seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan beberapa lagi bahan yang kita guna dalam masakan sup boleh menyegarkan badan bila kita menghirup kuahnya. Untuk entri kali ini aku nak share resepi sup ayam simple buat pembaca semua. Ala sup simple-simple je menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

Resepi Sup Ayam Mudah

Sup ayam ni boleh kita makan macam tu sahaja ataupun makan dengan roti, mee hoon ataupun mee kuning. Kat Malaysia ni ramai yang menjadikan sup sebagai lauk time makan nasi. Macam aku la. Tak kira la untuk dinner or launch. Time breakfast pun boleh je nak layan sup ayam kan. Hehehe.

Resepi Sup Ayam Mudah

Resepi kali ini aku ada gunakan serai sebagi perasa. Mungkin agak pelik bila memasak sup menggunakan serai kan. Biasa serai orang guna nak masak tom yam je. Tapi ni ikut citarasa korang la. Serai ni nak letak pon boleh tak letak pon boleh. Yang penting korang kena gunakan halia bila nak memasak sup.

Resepi Sup Ayam Yang Mudah

Bahan-bahan

  • 10 ketul ayam bersaiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar cili putih
  • Sebatang serai
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Sup bunjut

Cara-cara memasak

  1. Tumbuk atau blender bawang, halia dan serai.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis juga cili putih, kulit kayum anis, bunga lawang dan sup bunjut.
  3. Selepas bahan yang ditumis naik bau, masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga jus daging ayam keluar.
  4. Masukkan kentang yang sudah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
  5. Tambahkan air sehingga menenggelamkan ayam dan kentang di dalam periuk.
  6. Biarkan mereneh selama 20 minit atau sehingga kentang dana yam lembut.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Sedia untuk dihidang.

Mudah je kan. Korang yang dok bujang tu atapun yang malas sangat nak masak tu boleh la cuba. Dan ahkak-ahkak kalau tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi ringkas dari aku ni. Sedap dan menyelerakan tau.

Kat bawah ni cara aku masak Sup Ayam dalam versi video. Jangan lupa subscribe channel youtube aku. Klik DISINI



With Love
Papaglamz

-sekian-
Resepi Mee Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pagi ni aku rajin nak masuk dapur walaupun dapur tengah kelang kabut. Almaklum aku nak pindah rumah bulan depan, so banyak barang-barang kat dapur aku dah simpan. Guna yang penting-penting sahaja. Ok la, untuk entri kali ini aku nak share kat korang resepi Mee Goreng Mamak mudah dan sedap. Selamat mencuba ye. 

Mee goreng mamak special, mee goreng mamak mudah, Resepi mee goreng

Untuk mee goreng ni aku gunakan sotong sebagai penyeri. Kalau korang takde sotong, korang boleh tukarkan dengan udang, ayam ataupun daging. Dan kalau korang nampak mee goreng mamak aku ni agak basah sikit. Sengaja aku buat basah-basah sikit. Kalau korang tak nak basah sangat pun boleh, jangan masukkan air atupun korang rendam kejap je mee kuning korang tu untuk buangkan rasa kapur dia je. 

Mee goreng mamak special, mee goreng mamak mudah, Resepi mee goreng

Mee Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Bahan-bahan
1kg mee kuning
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam bilis
4 s.b cili kisar
4 s.b sos cili
4 s.b kicap manis
2 ekor sotong bersaiz sederhana
1 keping tauhu
1 mangkuk daun sawi
1 mangkuk taugeh
2 biji telur
Garam da gula secukupnya

Cara-cara memasak
  1. Rendamkan mee kuning untuk buag rasa kapur.
  2. Tumbuk bawang besar, putih dan bilis kemudian tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kicap dan sos. Biarkan seketika.
  4. Masukkan pula tauhu dan sotong yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa masing-masing. Biarkan mereneh diatas kuali seketika.
  5. Masukkan mee yang sudah diremdam. Ratakan mee dan rempah di dalam kuali.
  6. Masukkan telur dan gaul rata di dalam kuali.
  7. Masukkan sawi dan taugeh.
  8. Biarkan mee seketika di atas kuali dengan api yang perlahan beberapa ketika.
  9. Siap untuk dihidang.

Mudah je kan nak buat mee goreng mamak ni? Jangan lupa untuk mencuba. Kalau korang nak tengok video aku masak mee goreng mamak ni boleh klik link video youtube aku DISINI.



With Love 
Papaglamz

-sekian-
KHAS UNTUK LELAKI! SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA SAHAJA!

KHAS UNTUK LELAKI! SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA SAHAJA!

Assalamualaikum semua. Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.  

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik. Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. 
Dashing active, wangian dashing, produk dashing,

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.  

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Dashing active, wangian dashing, produk dashing,

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1. Cool

Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.

2. Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

3. Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 

4. Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Assalamualaikum semua. Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.


''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 
''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 
''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com