23.11.17

MAHUKAN KELAINAN? Jom Ke Perpadanan Perpustakaan Awam Selangor. Sambil Membaca Boleh Beraktiviti

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan Perpustakaan Awam Selangor. Memang sangat berbeza dengan perpustakaan-perpustakaan lain. Jika anda kemari, anda bukan sahaja boleh membaca untuk menimba ilmu, teapi anda juga boleh melakukan aktivit-aktiviti lain yang menyeronokkan seperti  menonton teater secara maya, boleh juga bersenam, mendengar bacaan al-quran dan lepak bersama keluarga di kafetaria yang indah sambil-sambil menjamu mata melihat tasik di hadapan perpustakaan ini.


6 Perkara yang anda boleh lakukan di Perpustakaan Awam Selangor

Ruangan membaca yang privasi mengikut umur

Di Perpustakaan ini ruang bacaan terbahagi antara kanak-kanak dan dewasa. Ruang bacaan kanak-kanak yang berkonsepkan taman ini memang sangat menarik minat kanak-kanak untuk memupuk minat membaca dalam kalangan mereka. 


BUKAN HANYA membaca sahaja ya, macam-macam aktiviti menarik seperti Reading Tree, Zon Kreatif, Zon Interaktif dan Zon Siber pun ada. Sudah pasti dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat merangsang minda kanak-kanak untuk meneroka ilmu dengan lebih interaktif. Jika nak memasuki ruang kanak-kanak ini, ia terletak di sayap kanan tingkat bawah perpustakaan ini. 




Bagi remaja dan dewasa, ruangan berasingan turut disediakan. Ruangan remaja hanya untuk berumur 13-17 tahun terletak di tingkat 1. Manakala untuk zon dewasa terletak di tingkat 2 dan tingkat 3.

Membaca diruang terbuka

Ha! Bagi yang inginkan kelainan, anda juga boleh membaca diruangan luar sambil menikmati keindahan alam semesta. Ruang terbuka ini dilengkapi meja dan kerusi untuk anda duduk membaca dengan selesa.


Menonton teater

Ini yang paling menarik! Di perpustakaan ini, anda berpeluang untuk menonton teater 3D dan juga XD. Bilik teater 3D terletak di Aras G menyediakan filem-filem animasi yang menarik. Terdapat 2 sesi tayangan iaitu pukul 10.30 pagi dan 2.30 petang dan bayaran RM7.00 dikenakan bagi setiap sesi.



Berlainan pula dengan teater 6D/XD, ia merupakan wayang simulasi yang mencabar dan menghiburkan. Dalam teater ini, anda berpeluang merasai sendiri efek-efek angin, bunyi dan pergerakan semasa menonton. Bayaran yang dikenakan ialah RM10.60 bagi setiap individu dan tayangan dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan am.

Pusat Gimnasium

Di sini, terdapat 2 gimnasium mini dan 1 gimnasium utama. 

Gimnasium mini di tingkat 3 - Khas untuk wanita

Gimnasium mini di tingkat 4 - Khas untuk lelaki

Gimnasium utama di tingkat 1 bawah - Lelaki dan wanita

Di sediakan juga bilik mandi, bilik persalinan dan loker


Bayaran menggunakan ginasium:

Walk in : RM5 - 3 jam penggunaan
Ahli: RM40 (bulanan) dan RM30 (bayaran pendaftaran seumur hidup)
Personal coaching) RM35 sejam

Kelas Mengaji Alquran

Perspustakann Awam Selangor juga menyediakan ruang untuk kelas mengaji al-quran. Kita boleh mendalami ilmu seperti tajwid dan tafsir. Sesiapa sahaja boleh menyertai kelas ini dan dibimbing oleh guru yang berpengalaman tinggi dalam Al-Quran. Bilik mengaji ini terletak di Tingkat 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.


Kafetaria

Bagi yang rasa lapar atau ingin bersantai sambil minum-minum, boleh la singgah di kafetaria di luar perpustakaan berhadapan dengan tasik yang selesa dan damai.


Macam mana? Menarik kan aktiviti yang anda boleh lakukan di Perpustakaan Awam Selangor. Ruang yang besar dan luas serta berbagai aktiviti boleh dilakukan, menjadikan perpustakaan antara perpustakaan yang terbaik di Malaysia. Janga lupa singgah disini dan explore la sendiri.

Waktu operasi

Isnin : 10.00 pagi - 7.00 malam

Selasa - Jumaat : 9.30 pagi - 7.00 malam

Sabtu -Ahad : 9.30 pagi - 9.00 malam

Alamat : Jalan Kelab Golf 13/16, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor



With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain

4 ulasan:

  1. Serius memang best belum sempat nak Menonton teater jew. Nanti nak datang lagi

    BalasPadam
  2. Penah g yg kat pusat bandar tu je..baru lagi ke ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni yg dekat2 ngan masjid shah alam tu la kan

      Padam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com