Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!
Senarai Barang Keperluan Untuk Dibawa Ketika Balik Kampung

Senarai Barang Keperluan Untuk Dibawa Ketika Balik Kampung

Assalamualaikum semua. Baru-baru ni aku balik kampung sekejap. Macam unplanned sebenarnya. Hati berbelah-bahagi nak balik kampung ataupun tidak. Last minit baru buat keputusan nak balik kampung. Bila baik kampun last minit ni tentu sekali banyak barang keperluan utuk dibawa balik kampung perlu dikemas masuk dalam beg. Jadinya aku dan isteri aku kemas barang-barang untuk balik kampung bersama-sama.

Walaupun cuti hanya sabtu dan ahad sahaja, check list barang keperluan untuk balik kampung juga perlu ada. Bab-bab macam ni memang aku serah pada isteri aku la. Dia lebih faham dan prihatin tentang barang-barang yang hendak dibawa balik kampung.

Check list barang balik kampung, barang keperluan balik kampung, jom balik kampung
Ini adalah check list barang keperluan balik kampung yang isteri aku pesan untuk aku kemas. Sebenarnya isteri aku sudah kemas sikit-sikit barang balik kampung. Aku just nak sambung sikit je. 

Sebenarnya aku sudah mula bercuti hari jumaat lagi. Tetapi memandangkan isteri aku masih lagi bekerja jumaat tu dan balik kerja dalam pukul 6.30 petang, jadinya ada beberapa barang yang hendak dibawa baik kampung tidak siap dikemas lagi. Jadi, isteri au buat la checklist barang-barang yang hendak aku sambung kemas-kemas beg. 

So, nanti bila isteri aku balik je kerja, kitorang terus bergerak balik kampung. Tak payag la nak kemas apa-apa lagi kan. Disini sudah menjimatkan masa mengemas barang nak balik kampung kan.

Alhamdulilla perjalanan pergi dan balik kampung kami selamat. Dan barang-barang yang kami bawa balik kampung semuanya cukup. 

Jom ikuti check list balik kampung yang telah dikongsi oleh Cik Gebu ni:









Ha! buat yang nak balik kampung tu, jangan lupa buat check list siap-siap untuk korang balik kampung supaya tidak ada barang-barang keperluan yang tertinggal nanti. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Lunch Di 1Cafe At Kemensah Grocer, Ampang

Lunch Di 1Cafe At Kemensah Grocer, Ampang

Assalmualaikum semua. Kalau sebelum ni aku bercerita tentang banglo mewah tempat kitorang bergathering (boleh baca di artikel AFB Fun Day 2018 - Blogger Gathering Event Di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zooview Ampang), kali ni aku nak cerita tentang satu cafe yang berdekatan dengan banglo ni. 

Pandangn hadapan 1cafe yang berkongsi bangunnan dengan Kemensah Grocery

Sebenarnya selepas je kami check in di banglo Taj Villa, masing-masing sudah kelaparan. Nasib baiklah villa kami ni berdekatan dengan 1Cafe. Mudah la nak cari makan.

Ruang makan diluar. Untuk mereka yang hendak merokon sambil lepak-lepak di cafe ini

Rungan dalam cafe yang berekon sangat selesa!

Selain dari itu, 1Cafe juga berdekatan dengan masjid. Memang sangat-sangat memudahkan.

Masjid berdekatan 1Cafe sangat memudakan untuk anda solat

Hari Jumaat, yang lelaki nak solat Jumaat. Jadi sementara nak menunggu makanan sampai, kami yang lelaki ni pergi la solat dulu.

Posing sikit!

Bercakap tentang makanan, memang sedap.! For those yang hard fans dengan makanan Thai, aku suggest korang datang sini pukul 12.30 hari sebab ada masakan Ala Cart Thai masa ni.

Antara menu yang ada di sini

Milo ais untuk isteri aku dan jus tembikai untuk aku

Roti bakar telur goyang

Kek juga ada dijual disini

Cup cake yang memang sedap!



Nak datang sarapan pagi bermula 8 pagi. Atau minum petang 4.30 petang hingga 7 malam. Ada Sup Al-Deen Dorai (sup mamak). Terus terbayang sup kambing mamak.

Cafe tutup pukul 10 malam

Lokasi: 1CafebybTJ&Shasha
7-A Jalan Romasra 1 ,
Kemensah heights 68000 KL

With Love
Papaglamz

-sekian-
AFB Fun Day 2018 - Blogger Gathering Event Di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zooview Ampang

AFB Fun Day 2018 - Blogger Gathering Event Di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zooview Ampang

Assalamualaikum semua. Sebenarnya baru-baru ni geng blogger AFB (sapa nak tahu apa itu AFB boleh baca artikel-artikel ini) ada buat satu gathering yang kami beri nama AFB Fun Day. Seramai 17 orang blogger telah berkumpul bersama keluarga dan rakan masing-masing. Kiranya semua yang join event tu lebih 30 orang juga. 

Geng blogger AFB. Aku sorang je blogger yang berkesempatan untuk join.

Fuh! Ramai kan? Lagi ramai lagi la meriah. Actually ramai-ramai pun on je. Sebab kami buat gathering kami di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zoo View, Ampang. Banglo mewah kau. Kalau ramai-ramai ok la. Kalau aku sorang-sorang je memang tak mampu la kan. 

Sebenarnya dah lama kami rancang untuk mengadakan gathering kali ni selepas gathering EFG yang pertama sebelum ni. Dahulunya AFG dikenali dengan EFG. AFB tu Auto-schedule Feed Blogger. EFG pula Exchange Feed Blogger. Tukar nama sebab penukaran feed antara blogger dalam group kami dah menjadi auto sekarang ni.

Ok la, berbalik kepada cerita AFB Fun Day 2018, kami menyewa di banglo mewah yang memang sangat-sangat best ya!. Besar, bersih, kemudahan mencukupi dan yang penting ada private pool. Memang kau nak mandi sampai pitam pun tak kisah la. 

Melayan anak-anak mandi. Anak aku si Husna takut air tau. Muka cuak tu.

Kakak Imtiyaz pun takut juga. Tetapi buat-buat berani je.

Gathering kami kali ni agak lama berbanding gathering yang peratama 2 tahun lepas. Gathering kami berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tu yang menyewa banglo supaya selesa kami anak beranak. Alhmdulillah memang betul-betul selesa. Rasa rindu pulak dengan banglo tu. 

Selama tiga hari kami bersama, banyak aktiviti yang telah kami rancang. Aktiviti yang paling best bagi aku ialah memasak bersama-sama. Gigih kan masak sendiri? Well seronok ya masak ramai-ramai sambil menjemahkan diri. Lagi best bila ko masak dengan blogger masakan nombor 1 Malaysia. Siapa tak kenal Kak Eny kau ni kan? Seriously macam-macam tips masakan dia bagi. Dan yang paling best dapat belajar resipi ayam masak kicap tanpa rempah tumis tapi rasa die sangat Wow...!!!

Ayam masak kicap yang WOW rasanya

Masak nasi ke?

Meriah kat dapur masing-masing

Selain memasak ada juga game-game yang dirancang oleh AJK aktiviti untuk kitorang. Game paling best ialah teka gaya. Kau buat gaya dan teka apa. Memang riuh satu banglo kitorang main game ni. Selain game teka gaya, ada juga game design baju dari surat khabar. Tak sangka dalam game ni group aku jadi pemenang. Alhamdulillah.

Kreatif-kreatif tak?

Masing-masing fokus dengan design masing-masing

Ha! Kalau korang power, cuba teka aku buat gaya apa ni?

Dan aktiviti paling best diantara yang best ialah mandi dalam pool la. Apa lagi kan? Mandi pool sampai kecut memang best! Kepada AFGiers, rugi sapa tak join gathering kali ni tau. 

By the way, banglo yang kitorang sewa memang tip top la. Rasa selesa dan luas. Jom tengok gambar yang aku nak kongsikan pada korang semua tentang banglo mewah Taj Villa Taman Zooview ni:

Pandangan dari luar villa. Awesome..!!

Living room ni la tempat aku lepak. Luas ya ampunnn. Yang pasti SATU RUMAH FULLY AIRCOND. X ade rasa panas tau..!!

Macam biasa la bila kumpul ramai-ramai ni mesti nak berbbq bagai kan? So, kat sini pun ada di sediakan port khas untuk bbq. Memang Awesome..!!!

Ruang untuk berbbq. Bersebelahan dengan pool sahaja

Living room yang luas

Ada 5 bilik tidur kat villa ni. Semua ber air cond kecuali bilik yang kat dapur. Aku panggil bilik bibik 

Dapur yang lengkap dengan oven, peti ais, gas, semua la. Tinggal beli bahan untuk memasak j

Ruang untuk membasuh baju pun ade. Siap ad pengering lagi tau! Jangan risau baju anak basah asyik nak main kolam je. Korang boleh basuh kat sini

Ruang dapur idaman aku. Antara tempat yang aku paling suka. Kalau la dapat buat kat rumah sendiri, mau aku tidur kat dapur je

Di bahagian atas juga ada ruang untuk keluarga



Tandas EXCLUSIVE..!!!


Bar corner. Sambil2 tengok anak2 bermain kolam boleh la lepak kat ruang ni. 
Berdekatan dengan banglo ni ada sebuah kedai makan 1Cafe juga. Kalau korang kelaparan boleh juga singgah cafe ini untuk mejamu selera. Next entri insyallah aku cerita tentang cafe ni pula ya. Tunggu.!

Details tentang banglo:

Contact no: 013-3809187 (ruby)
Fb.me/MilleniumTravelChauffeursSdnBhd
Instagr.am/duyong_secrets

With Love
Papaglamz

-sekian-
Koleksi Makanan Coklat Di Green View Avant Chocolate Memang Wow! Rugi Tak Singgah Jika Anda Ke Cameron Highland

Koleksi Makanan Coklat Di Green View Avant Chocolate Memang Wow! Rugi Tak Singgah Jika Anda Ke Cameron Highland

Jika ke Cameron Highland, antara aktiviti wajib ialah menikmati strawberi dan coklat. Rasanya kalau tidak melakukan aktiviti ini, kunjungan ada ke Cameron highland agak tidak sempurna. Dikatakan nikmat merasa strawberi di tanah tinggi ini adalah berbeza daripada makan rumah anda sendiri. Mungkin sebab cuaca dan rasa segar buahnya ketika berada Cameron.

Foto: xavier0622blog

Di Cameron Highland, sangat banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi. Antaranya ialah Green View Avant Chocolate. Lokasi ini menjadi salah satu tumpuan setiap pengunjung ke sini. 

Ianya terletak di Kampung Raja Cameron Highland. Lebih mudah untuk mengetahuinya jika anda melalui jalan dari Ipoh ke Cameron Highland, anda akan jumpa lokasi ini terlebih dahulu yang terletak di sebelah kiri pemanduan.

Menarik di Green View Avant Chocolate

Ini adalah tempat WAJIB ambil gambar jika anda datang kemari. Pintu yang berwarna-warni memang unik (Foto: Vkeong.com)

Sudah pasti kebanyakan ladang-ladang yang ada di Cameron mempunyai pemandangan hijau yang menarik. Begitu juga dengan Green View Avant Chocolate. Dengan gabungan 2 konsep iaitu Green Garden View dan juga Strawberry Moment Cafe, menjanjikan sesuatu yang unik dan menarik buat para pengunjung. 

Tanaman yang menghijau di green view (Foto: Vkeong.com)

Anda bukan sahaja boleh menikmati pemandangan yang cantik dengan hiasan alam flora, tanaman segar buah Strawberry dan konsep dekorasi yang menarik, malah disini juga menyediakan cafe untuk anda beristirehat.

Kek yang berasakan coklat dan strawberry dengan rasa yang wow! (Foto: parintele.org)

Selain melihat view yang cantik, merehatkan diri di Strawberry Moment Dessert juga adalah antara yang menarik disini. Anda bakal disajikan dengan pelbagai makanan yang beasaskan strawberi, ice cream dan coklat. Anda boleh makan disini atau bawa pulang. Tetapi lebih baik jika anda makan sahaja disini kerana rasanya lagi enak ditambah suasana yang nyaman dan segar menambakan lagi 'feeling'.

WOW!! Ini baru sebahagian kek dan ais krim yang ada (Foto: Twitter @pakejpercutianbajet)

Seriously! Rambang mata melihat koleksi kek yang ada disini (Foto: Vkeong.com)

Layan ais krim lavender memang umph! (Foto: Vkeong.com)

Avant Chocolate ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang. Jika anda ke Cameron Highlands jangan lupa singgah sini.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Avant Chocolate Cameron Highland - Buat Rambang Mata Dan Rasa Tak Nak Balik!' sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya.
Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com