26.9.18

Ini Dia 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi Travel Atau Mengembara

Assalamualaikum semua. Setiap yang kita lakukan pasti ada sebabnya. Kita makan sebab kita lapar. Kita tidur sebab kita mengantuk dan macam-macam lagi. Macam tu juga lah bagi anda yang suka travel atau mengembara. Tentu ada sebab tertentu kenapa anda mengembara kan. Samaada untuk kepuasan diri sendiri ataupun untuk mencari ketenangan seketika dan macam-macam lagi.

Kredit : Maskulin

Jom aku kongsikan 10 sebab kenapa anda patut mengembara yang aku baca baru-baru ni. 

TAHUKAH ANDA 10 SEBAB MENGAPA KITA PATUT MENGEMBARA?!!


1- Tahukah anda bahawa kita boleh mendapat pahala sunat jika anda berniat Hanya Kerana Allah untuk mencontohi perbuatan Nabi yang pernah mengembara ketika hayatnya dahulu?

2- Tahukah anda bahawa apabila kita mengembara dengan niat yang baik, kita akan dapat menghakis sifat mazmumah dalam diri dan melahirkan rasa rendah diri apabila melihat bumi ciptaan Ilahi?

3- Tahukah anda bahawa peluang doa kita dimakbulkan lebih tinggi apabila bermusafir?

4- Tahukah anda apabila kita selalu mengembara, kita akan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan, tenang dan berfikiran terbuka dalam urusan seharian?

5- Tahukah anda apabila kita mengembara, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada?

6- Tahukah anda apabila kita selalu mengembara, kita akan mempunyai ilham untuk membantu dalam menambahbaik kemanusiaan?

Baca juga : Jom Cuba Tips Elakkan Makanan Syubhah Ketika Travel Oversea


7- Tahukah anda apabila kita mengembara, kita akan tahu bahawa kita ini adalah makhluk yang 'bodoh sombong'?

8- Tahukah anda apabila kita bertemu kenalan baru dalam permusafiran, sebenarnya kita sedang mempelajari satu ilmu yang bakal menambah nilai dalam hidup kita?

9- Tahukah anda apabila kita mengembara, kita akan sedar dan percaya bahawa secantik mana bumi yang tidak kekal ini, akan ada lagi ciptaanNya yang lebih cantik di syurga nanti?

10-.Tahukah anda apabila kita mula mengembara, kita akan berasa sangat susah untuk berhenti mengembara?.;)

Apakah sebab anda pula?

With Love
Papaglamz

-sekian-


LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

8 ulasan:

  1. betul, mengembara dapat melihat ciptaan Allah yang mungkin tiada di Malaysia. buat kita lebih bersyukur

    btw followed here #702

    BalasPadam
  2. best melancong kat tempat org ni.. tp kadang2 kekangan kewangan menjadi penghalang. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa la tu. jom start kumpul duit sekarang. hahah

      Padam
  3. best kalau dpat peluang travel...

    BalasPadam
  4. 1. Dapat menikmati pengalaman negara lain,
    2. Realese tension
    3. Cara hidup negara luar

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com