27.9.18

Ini Dia Trailer Rasmi Pertama Filem Captain Marvel

Assalamualaikum semua. Bagi pengikut siri flem Avenger, tentu sekali tidak sabar-sabar menanti sambungan filem Avanger : Infinity War. Dalam babak terakir Infinity War, ramai yang tertanya-tertanya dan membuat andaian tersendiri akan kehadiran watak hero wanita iaitu Captain Marvel.


Apa tidaknya dalam babak ini kita dapat lihat Nick Fury sedang cuba menyampaikan mesej penting kepada seseorang melalui alat pengelui beliau sebelum lenyap menjadi debu. Dan ditunjukkan juga pada penonton gambaran skrin alat pengelui logo Captain Marvel dengan jelas sekali. Ini membuatkan kita membuat andaian bahawa Captain Marvel akan datang dan menjadi penyelamat kepada apa yang telah berlaku.


Namun, sebelum sambungan Infinity War keluar, Marvel Studio telah mengeluarkan secara rasminya tontonan trailer rasmi adiwira wanita mereka, Captain Marvel. Dalam trailet itu menunjukkan watak  adiwira wanita, Captain Marvel yang dilakonkan oleh Carol Danvers yang telah memiliki kuasa adiwira ketika turun ke bumi setelah menyertai pasukan tentera Starforce yang diketuai oleh Mar-vell (yang dilakonkan oleh Jude Law).

Baca juga : Impak Terbesar Watak Jean Dalam X-MAN Apocalypse 2016

Dalam trailer ini juga ditunjukkan beberapa kenangan lalu diantaranya zaman kanak-kanak dan latihan asasnya, yang bagi menerangkan bagaimana wujudnya penceritaan beliau sebagai adiwira. Ada juga watak nick fury ketika muda tau.

Rasa tak sabar nak tunggu filem ini keluat Mac 2019. Lepas tu harap-harap keluarla sambungan Infinity War pula.

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

6 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com