Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

24.8.19

RESEPI MUDAH KERABU PERUT KECOQ LIOQ

Assalamualaikum semua. Jom layan resepi kerabu perut mudah ni. Tengok je dah kecoq lioq.


Jom tonton : Cara Buat Telur Separuh Masak Menggunakan Coffee Maker Di Office

Bahan-bahan:

-1/2 kilo perut lembu yang direbus (potong kecil-kecil) 
-Daun selom/ulam Raja 
-1 ulas bawang merah 
-1 batang bunga kantan (ambil bunga aje)
-3 batang cili padi 
-segenggam tomato ceri (belah dua)
-2 sudu besar jus limau kasturi
-1 sudu besar kerisik
- 1 sudu besar minyak
*perasakan dengan garam/gula


Cara-caranya:

-Hiris halus bawang merah, daun selom/ulam raja, cili padi, bunga kantan. Letak tepi jap.

- Gaul kerisik dengan minyak, jus limau kasturi, garam dan gula

- Gaulkan bahan yang lain

- Siap untuk dihidangkan

Senangkan? 

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. fav ni..
    lamanya x makan kerabu perut

    BalasPadam
  2. mantap resepi ni. simpla je cara nak buat tapi kalau makan kat kedai mahal..

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com