Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

27.8.19

Resepi Nasi Air Kelantan

Resepi Nasi Air Kelantan



A) Sup ayam

Ayam separuh 
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 3 ulas 
Halia (besar ibu jari)
(Hiris nipis)
Tumis sekali dengan sup bunjut
Goreng sampai masak baru masukkan ayam dan air .
Masukkan garam ,ajinomoto, kiub sup ayam. Bila masak , angkat ayam ke dalam bekas lain . Dan carikan ayam kecil-kecil.

Jom tonton : Cara Masak Ayam Masak Merah Simple Sahaja

B) Nasi air

1) Basuh beras sehingga bersih 
2) goreng hingga kering air 
3) blender beras hingga hancur
4) masak dalam periuk electrik pun boleh 
Tapi kena sentiasa kacau beras tu. 3 minit sekali kacau sampai bubur nasi masak . 
5) kalau nak guna bihun, mee kuning , kue tia pun boleh .

C) sambal tambahan

1) lada , cuka , garam , gula , air sedikit (blender semua ) 
2) potong lada kecil-kecil, masukkan cuka dan kicap manis. 
3) Lada jeruk just potong lada besar rendam dengan cuka.
4) Serbuk lada kering boleh beli dekat kedai.

D) lauk

1)goreng ikan bilis sampai garing 
2)Ayam carik tadi 
3) nak tambah daging, perut lembu boleh je .

E) Sayur

1) tauge 
2) kubis 
3) Kankung

F) daun sup , daun bawang dan bawang goreng.

Dah siap .. terima kasih semua ..

Kredit: Nor darwinq che ismail

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. Sesuai la untuk akak ni...hari- hari akak makan bubur sekarang....hari- hari tukar menu lauk je..

    BalasPadam
  2. yumssss. lama tak makan

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com