Resepi Kuah Steamboat Mudah

Jom cuba buat kuah steamboat sendiri


Assalamualaikum

Resepi Kuah Steamboat Mudah | Selalu jugak dapat keyword steamboat hasil carian dari google ke blog Papaglamz.com ni. Dan baru-baru ni dok bersembang dengan kawan tetibe tercerita tentang steamboat. Masing-masing bercertia la kedai steamboat mana yang best dekat tempat masing-masing. Kalau kat Kuantan ni restoran steamboat yang PapaG pernah pergi ialah Aniq Steamboat. Pernah PapaG ceritakan tentang tempat makan aniq steam boat dalam entri INI. Korang rasakan, macam mana nak buat kuah steamboat tu ek? Dalam entri kali ini, PapaG nak kongsikan resepi kuah stemaboat. Sumber : Zaila

resepi-kuah-steamboat

Resepi Kuah Steamboat

Bahan-bahan :

- 10 biji cili merah (cili besar)
- 4 ulas bawang putih
- 5 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar cuka epal (jika tiada guna cuka biasa pon boleh)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar pati sunquick
- 1/2 sudu kecil tepung jagung
- 1 cawan air
- gula dan garam secukup rasa
- 2 sudu besar bijan digoreng tanpa minyak
- sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara-caranya :

- Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus.
- Tuang bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan semua bahan sos-sos tadi
- Panaskan api dan masukkan 1 cawan air dan tepung jagung
- Masak hingga kuah pekat dan berkilat
- Perisakan dengan garam dan gula secukupnya
- Sebelum ditutup apinya, tabur bijan yang telah digoreng bersama daun ketumbar

Macam mudah jer. Insyallah satu hari nanti nak cuba la. Heheheh

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Google+ Followers