Resepi Sup Ayam Berempah

/
3 Comments

Resepi masakan menggunakan ayam


Assalamualaikum

Resepi Sup Ayam Berempah | Ok kali ni nak kongsikan resepi sup ayam berempah. Makan sup berempah ni baik untuk menghangatkan badan. Tap ingat jangan terlalu masin pulak. Nanti blood pressure tinggi pulak kan. Ok la jom try masak sup ayam berempah yang mudah ni. Enjoy. Resepi dari FB : SheeNa HaseeNa

sup-ayam-berempah

Sup Ayam Berempah

Bahan-bahan :-

1 kg ayam
2 biji ubi kentang 
1 biji ubi kentang (direbus & dilenyek)
1 biji tomato
1 sup bunjut adabi
2 kiub pati ayam
1/2 sd teh serbuk kunyit
4 sd mkn lada hitam (dikisar)
2 sd mkn jintan manis,jintan putih & biji ketumbar yg (dikisar)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Segenggam daun sup
Segenggam daun bawang yg telah dihiris kecil
Sedikit bawang goreng

Cara-cara :-

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan minyak yg sikit.
2. Masukkan kiub pati ayam
3.Masukkan ayam dan kentang. (kentang yang dilenyek jangan masuk dulu).Gaul sebati dan biarkan sebentar(dalam 3 minit).
4.Masukkan bahan yang dikisar kecuali lada hitam dan kacau.
5.Tambah 1.5 liter air.(anggaran saja,lebih kurang boleh tambah)
6.Masukkan sup bunjut, lada hitam & serbuk kunyit.
7.Biar hingga mendidih dan masukkan tomato.
8.Biarkan mendidih semula sehingga ayam masak dan sekarang barulah masukkan kentang yg dilenyek.Kacau sebati.
9. Perasakan dengan garam.(masuk sikit2 sebab kiub pati ayam dah ade garam)
10.Tutup api dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap..

SELAMAT MENCUBA....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

3 ulasan:

  1. first time saya tengok resepi sup ayam guna kentang lecek..boleh try nanti.

    BalasPadam
  2. lapar lah pula!!!
    terus wat sup ayam utk lunch ni...hehehehhee


    ~Admin : My New Blogger~
    http://munirahmustafar84.blogsot.my

    BalasPadam

Google+ Followers

Blog Follower

Assalamualaikum

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih

With Love

-PapaG-