23.1.16

Senarai Finalist AJL 30, 24 January 2016

Siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-30 2016


Assalamualaikum

Senarai Finalist AJL 30, 24 January 2016 | Seperti tahun-tahun sebelum ini. pastinya peminat Anugerah Juara Lagu (AJL) ternanti-nanti akan malam kemuncak anugerah ini. AJL pada tahun ini telah masuk 30 tahun penganjuran dengan membariskan finalist-finalist yang mantap buat peminat semua. Penganjur tetap anugerah ini iaitu TV3 semakin mantap mengukuhkan legasinya di dalam dunia penyiaran. Sudah pasti AJL pada tahun ini menjanjikan persembahan-persembahan yang menarik dari setiap peserta. Lebih-lebih lagi AJL pada tahun ini sekali lagi di taja oleh Dato' Seri Vida yang popular dengan tagline Qu Putih Qu Putih barulah putih. Tentunya menggamitkan lagi suasana pada malam itu nanti.

ajl-30

Berikut adalah senarai penyanyi dan kumpulan bersama lagu-lagu mereka yang berjaya mara ke pentas peringkat akhir AJL 30, dijadual bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Januari 2016 bermula jam 8.30 malam.

1. Hazama : Sampai Mati
2. Akim & The Majistret : Potret
3. Noh Salleh : Angin Kencang
4. Stacy : Not For Sale
5. Drama Band : Biarkanlah
6. Faizal Tahir : Assalamualaikum
7. Elizabeth Tan : Knock Knock
8. Caliph Buskers : Hanya Namamu
9. Bunkface : Malam Ini Kita Punya
10. Kaka Azraff & Aliff : Bukan Hal Aku  
11. Black : Mana Mungkin
12. Dayang : Tak Pernah Menyerah

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com