Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

19.10.18

Bangunan Cantik Dan Gah! Rupanya Tandas Awam

Terpesona dengan keindahan dan kecantikan seni reka bangunan yang unik, sekali pandang ianya umpama sebuah bangunan istana yang sungguh mewah. 

Siapa sangka bangunan yang indah dan tersegam indah ini rupa-rupanya ialah sebuah tandas awam.


Memetik dari kompas.com, sebuah bangunan di kawasan Wat Rong Khun atau White Temple, Chiang Rai, Thailand sangat menarik perhatian para pelancong yang datang ke sini.

Bangunan yang berwarna emas dan terdapatnya ukiran-ukiran menarik dan berseni halus di setiap tembok dengan warna yang cantik serta menggamit mata yang memandang.

Chelirm Chai merupakan insan yang telah membangunkan tandas awam yang indah ini. Menurut Chai, waktu membuang air adalah waktu di mana adanya kedamaian. Jadi demi memberi kedamaian serta keselesaan pada semua untuk membuang air, tandas awam yang cantik ini telah dibangunkan.


Tandas awam ini terdiri daripasa dua bahagian. Kiri dan kanan. Masing-masing terdapatnya tandas lelaki dan wanita.


Macam mana agaknya rasa membuang air di dalam tandas yang begitu mewah ya? Datanglah ke sini untuk merasanya. Wat Rhong Khun terletak lebih kurang 15 hingga 20 minit dari pusat bandar. Anda boleh ke sini dengan kenderaan sendiri, thuk-thuk, bas ataupun kenderaan awam.

With Love
Papaglamz

-sekian

Kredit : Travel Kompas

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Bangunan Cantik Dan Gah! Rupanya Tandas Awam" sebagai penulis jemputan.

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com