12.10.18

Fikri Ibrahim Dan Farah Nabilah Dalam Drama Terbaru CIK REEN & ENCIK NGOK NGEK

Assalamualaikum semua. Buat peminat pemenang artis baru popular Farah Nabilah jangan ketinggalan untuk menonton drama terbaru lakonan beliau yang bertajuk Cik Reen & Encik Ngok Ngek. bersiaran mulai 1 Oktober 2018, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.


Dalam drama ini, Farah akan bergandingan bersama Fikri Ibrahim masing-masing memegang watak utama. Selain Farah dan Fikri, terdapat juga pelakon lain yang menjayakan drama ini.

Senarai pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek


Farah Nabilah sebagai Azreen

Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan

Scha Elinnea sebagai Izyan

Farhan Asri sebagai Iqram

Iswan Ismail sebagai Iman

Haneesya Hanee sebagai Zaza

Sinopsis Drama drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek


Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar.

What?

Kahwin??

Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii!!!)

What the hell?

Dengan Azreen, cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi!

Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu.

Zaza?

Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!

Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh.

Zaza, kekasih hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan lepaskan Azreen. Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.

“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?”

Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan. Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang.

Selamat menonton.!

With Love
Papaglamz

-sekian-

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

1 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com