24.11.15

Panduan Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama

Panduan buat bakal pengantin


Assalamualaikum

Debaran Malam Pertama | Menghadapi malam pertama sebagai suami isteri adalah saat-saat paling manis yang pastinya menjadi seribu satu kenangan buat semua pasangan pengantin yang ada di dunia ini. Mungkin pengalaman malam pertama yang bakal dilalui adalah satu pengalaman realiti dan nyata, bukan lagi pengalaman yang selama ini kita dengar atau baca dari mana-mana sumber sama ada media cetak atau elektronik. Sebagai pasangan yang baru memulakan hidup bersama, pastinya anda harus mempelajari panduan atau tips-tips menghadapai malam pertama agar anda tidak terkejut. 

Pengantin-malam-Pertama

Beberapa perkara harus diberi perhatian:

Persiapan Fizikal

Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama? Khususnya kaum wanita. Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan hari perkhawinan. Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan,sekiranya pasangan kepenatan. Apa salahnya menunggu keesokan harinya, setelah keduanya sudah bersedia, maka laluilah malam pertama.

Persiapan Mental

Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia untuk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimum kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru. Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.

Cukupkah Ilmu Di Dada?

Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut. Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif

Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yang sensitif  terhadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tentu jauh lebih mudah.

Jangan Makan Berlebihan

Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul di bahagian perut anda untuk membantu proses percernaan makanan. Akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yang dikehendaki dan seterusnya membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah

Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yang mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .

Begitulah tadi yang beberapa panduan bagi menghadapi debaran malam pertama yang PapaG kongsikan dari artikel Ensklopedia Petua Melayu Lama di Facebook. Ni antara yang PapaG guna tau. Muahahha. Ok la. Selamat mencuba yer. (^_^)y

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com