13.5.15

Nasi Ayam Menu Pilihan Ketika Makan Tengahari

Resepi Nasi Ayam Simple dan Sedap


Asalamualaikum

Masa rehat lunch adalah masa yang ditunggu untuk keluar dari kesibukan tugas di kilang. Biasanya kalau tengahari ni, Papaglamz akan keluar makan dengan kawan-kawan tempat kerja Papaglamz untuk makan. Banyak je tempat makan sekitar kilang tu. Tapi, ade satu warung ni kerap juga Papaglamz singgah untuk merasa Nasi ayamnya. Kami panggil "nasi ayam pok". Pok tu maksud die Pak Cik la. 

Memang hot stuff la nasi ayam ni. Lagipun mudah makan nasi ayam ni. Dah siap, tak payah nak tungu lama-lama. Kami kejar masa. Yela, rehat sejam lebih sahaja. Komitment kerja gitu kan. Hehehe. 
Nasi_Ayam
Jadi sekarang Papaglamz nak kongsi resepi nasi ayam yang simple dan sedap dari Kak Azie ni. 

Kuah Sup
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam

Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.


Nasi Ayam
Beras - basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan

Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata. 

Sambal Cili
12 - 13 tangkai cili merah
2 biji buah tomato
3 sudu besar cuka
3 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula pasir

Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Sambal Kicap
Kuah sup
Kicap cap kipas udang

Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.


Ayam Goreng
Ayam rebus - angkat dan tos
Kicap

Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.

Haaa selamat mencuba yer semua.

-sekian-

4 ulasan:

  1. wah resipi nasi ayam. boleh mencuba buat

    BalasPadam
  2. senang belako nak watnya haaa

    BalasPadam
  3. entri ini telah menghantar seseorang ke blog arz...terima kasih papaglamz

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com